Utama Teknologi Kamera

Kamera

1599
6

Nikon D90

Waktu belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dulu, aku pernah berkawan dengan member yang minat fotografi. Tahun 2006 dulu, kat Malaysia scene minat kamera DSLR baru nak naik. Waktu tu, kamera digital semakin mudah diperoleh dan kamera kodak pula semakin merosot penggunaannya.

Pada waktu tu juga, telefon bimbit seperti Nokia dan Motorola juga boleh mengambil imej dan juga video walaupun kualitinya foto dan videonya sangat teruk jika dibandingkan dengan kualiti telefon pintar dekad 2010 ke atas. Itupun, buruk-buruk kualiti video 3GP dari telefon bimbit ni, tetap juga jadi pilihan pasangan-pasangan Melayu merakam adegan ranjang masing-masing. Tapi, itu cerita lain la.

Member aku yang minat fotografi ni, memang rajin cari side income dengan buat kerja photoshoot majlis perkahwinan. Cas perkhidmatannya pula, minima RM500. Siap dengan album bagai. Dan aku lah yang jadi tukang edit foto-foto yang sudah ditangkap dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Tapi kadang-kadang aje la aku tolong.

Kebetulan, aku pun minat juga dengan fotografi ni walaupun aku ni memang langsung tak mampu nak membeli kamera DSLR. Menurut member aku, satu-satunya teknik yang aku agak mahir dalam fotografi adalah composition terhadap subject. Mungkin, composition ni aku belajar dari minat aku terhadap filem-filem dan juga komik.

Kebanyakan masa, aku belajar tentang teknik-teknik asas fotografi dengan menggunakan DSLR dari member aku ni. Cara adjust shutter speed, aperture, ISO, main dengan speedlight, exposure, mode dalam camera dan boleh tahan banyak jugaklah yang aku belajar. Sampai cara pegang kamera pun ada caranya.

Rupanya, nak pegang kamera DSLR ni macam pegang senapang. Kalau silap pegang, boleh bergegor gambor jadinya.

Tujuan aku belajar teknik fotografi ni kononnya mana lah tahu satu masa nanti ada rezeki boleh beli kamera DSLR, dapat jugaklah aku gunakannya dengan sebaik mungkin. Taknak lah nanti bila beli, tak reti pakai, terus simpan tak berusik.

6 KOMEN

  1. Teringat waktu sekolah dulu pernah mengikuti kelas asas fotografi.. siap belajar teknik nak cuci gambar lagi.. semua aku tau buat. Tetapi perubahan zaman membuatkan semua ilmu yg aku belajar tu terkubur dah… skrng dah tak main filem2 dah… semua digital je huhu.. 😀

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.