Utama Mobile SKMM, Pengguna Prabayar akan terima rebat GST 24 jam selepas isian semula

SKMM, Pengguna Prabayar akan terima rebat GST 24 jam selepas isian semula

894
15
Pengguna Prabayar

Pengguna prabayar bakal menikmati skim rebat GST bermula 1 Januari 2016 ini. Pada Oktober lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan skim rebat berkenaan ketika melakukan sesi pembentangan Bajet 2016 di Parlimen.

Bagaimanapun, mekanisme pembayaran rebat berkenaan tidak diumumkan di dalam sesi pembentangan bajet berkenaan dan kini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cara bagaimana rebat berkenaan akan diimplementasikan.

Secara amnya, para pengguna bakal mendapat jumlah nilai prabayar mereka sepenuhnya melalui skim rebat tersebut. Selain itu, harga prabayar akan kembali kepada harga sebelum pelaksanaan GST bermula.

Namun begitu, di dalam mekanisme ini, GST akan ditolak terlebih dahulu sebaik sahaja pengguna melakukan isian semula akaun pengguna prabayar. Amaun yang ditolak akan dikembalikan kepada pengguna kemudiannya dalam tempoh 24 jam.

Contohnya, apabila pengguna ingin membuat isian semula RM 10 pada 1 Januari 2016, harga isian semula tersebut akan dijual pada RM 10 dan bukannya RM 10.60 lagi. Sebaik sahaja isian semula berjaya dilakukan, pengguna akan menerima nilai kredit sebanyak RM 9.43 dan manakala nilai RM 0.57 pula akan ditolak sebagai GST. Nilai RM 0.57 tersebut kemudiannya akan dikembalikan ke dalam kredit pengguna dalam tempoh 24 jam.

Skim rebat GST ini hanya sah untuk rakyat Malaysia sahaja dan ia berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna kepada telco ketika melakukan pendaftaran prabayar. Untuk itu, SKMM menasihatkan para pengguna melakukan pengesahan pendaftaran dengan syarikat-syarikat telco masing-masing sebelum pelaksanaan skim ini.

-Sumber berita diperoleh dari SKMM

15 KOMEN

          • itulah pelan ini bagi topup dan pilih dua kali ganda…
            jika x nak boleh guna mcm biasa shj…
            aku jika nak tenggok wayang beli sekali… itu baik prepaid…

        • lain org ade lain pendapat, byk org suka tonton video pada larut malam mungkin connection lebih cept, i rasa pilih mana-mana add on yg sesuai supaya blh menikmati promosi hebat ini dgn maksimum.

          • ya betul juga, i suka guna prepaid pelan dn i rasa blh menjimatkan duit sbb byk telco ade buat promosi bagi prepaid pelan, dgn xpax berganda data, i tak perlu cari wifi setiap kali i kat luar, haha

          • hahaha… kadang guna wifi lagi lambat drpd internet sdr…
            jadi biasanya aku beli data shj… skrg data semua dah murah shj… guna xpax aku pasti x blh habis semua data…

          • ya juga sbb data tak perlu kongsi dgn org tapi wifi perlu kongsi, oleh tu connection lebih lambat sikit , i rasa data yg cukup memang merupakan satu perkara yg baik.

  1. selepas baca komen i rasa xpax punya promosi ni memang blh pakai sbb data yg byk bh digunakan utk buat byk barang, i setiap kali kat luar perlu cari wifi skrg dgn data yg banyak, i tak perlu cari wifi lagi

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.