Home Mobile Telco Pelan Internet Prabayar Tanpa Had U Mobile GX30 dinaikkan kelajuan ke 6Mbps;...

Pelan Internet Prabayar Tanpa Had U Mobile GX30 dinaikkan kelajuan ke 6Mbps; GX38 sediakan Panggilan Tanpa Had

38
0

U Mobile telah mengumumkan beberapa perubahan baharu pada Pelan Prabayar Giler Unlimited, GX30 dan GX38. Bermula dari 12 Jun ini, kelajuan Pelan GX30 dinaikkan kepada 6Mbps, menyamai kelajuan Pelan GX38 yang kini menawarkan bersama-sama panggilan tanpa had.

Maxis dan Celcom sebelum ini telah memperkenalkan pelan internet prabayar tanpa had masing-masing melalui Hotlink dan Xpax.

Tidak kalah sebagai pelopor kepada pelan internet prabayar tanpa pada harga mampu milik, U Mobile telah menggandakan tawaran untuk penggunanya.

Apa yang menarik, kuota hotspot bagi kedua-dua pelan internet tanpa had U Mobile ini juga turut ditambah sehingga 6GB untuk tempoh 30 hari.

Pelan ini bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas mengenai kuota had penggunaan Polisi Penggunaan Saksama oleh pihak U Mobile pada dokumen terma dan syarat.

Untuk waktu terhad, pelan GX38 kini boleh didapati dengan harga RM35, berbanding harga asalnya iaitu RM38.

Maklumat lanjut layari laman rasmi U Mobile.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.