Utama Komputer SSD PCIe 4.0 Samsung 980 Pro akan dilancarkan Ogos ini; Kelajuan mencecah...

SSD PCIe 4.0 Samsung 980 Pro akan dilancarkan Ogos ini; Kelajuan mencecah 6.5GB/s

656
0

Sejak kemunculan antaramuka PCIe 4.0 melalui pemprosesan AMD Ryzen Generasi Ke-3, hanya segelintir pengeluar yang menghasilkan SSD NVMe berasaskan antaramuka terbaru ini. Corsair dan Gigabyte merupakan antara pengeluar yang menjadi perintis penggunaan antaramuka PCIe 4.0 sebagai ruang storan.

Ogos ini, giliran Samsung pula yang akan memanfaatkan antaramuka PCIe 4.0 melalui SSD keluarannya sendiri Samsung 980 Pro.

Pertama kali diumumkan pada CES 2020 yang lalu, SSD Samsung 980 Pro merupakan SSD PCIe 4.0 keluarannya yang pertama. Apa yang menarik adalah SSD ini boleh disokong oleh papan induk AMD X570 dan B550.

Sungguhpun masih tiada lagi kenyataan rasmi dari gergasi elektronik Korea Selatan ini, pentiris maklumat tegar di Twitter, @UniverseIce mendakwa SSD Samsung generasi berikutnya ini berkelajuan tinggi.

Menurutnya, Samsung 980 Pro mempunyai kelajuan membaca berjujukan 6.5GB/s dan kelajuan menulis berjujukan 5GB/s. Peningkatan ini adalah amat mendadak berbanding kelajuan membaca dan menulis PCIe 3.0 Samsung 970 Pro dengan masing-masing mencatatikan 3.5GB/s dan 2.7GB/s.

Untuk pilihan kapasiti, SSD Samsung 980 Pro didapati bakal hadir dengan pilihan 250GB, 500GB, dan 1TB ketika pelancarannya kelak. Setakat ini harga bagi SSD terbaru keluaran Samsung ini masih lagi belum diumumkan. Dijangkakan, harga bagi SSD berkapasiti 1TB bakal mencecah sekitar RM2,000 sebaik dilancarkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.