Pengguna-pengguna pelan internet pascabayar tanpa had, Digi Postpaid Infinite 80 dan Digi Postpaid Infinite 100 kini berpeluang menikmati peningkatan kelajuan internet sekali ganda berbanding sebelumnya. Terdahulu, had kelajuan maksima yang ditetapkan untuk pelan pascabayar dari Digi ini hanyalah pada 5Mbps sahaja.
Pemakluman berkenaan naik taraf percuma ini dimaklumkan melalui SMS kepada pengguna-pengguna pelan yang berkenaan. Menurut pihak Digi, naik taraf kelajuan dari 5Mbps kepada 10Mbps ini ditawarkan khusus kepada para pelanggannya secara percuma.
Tarikh kuat kuasa pelaksanaan peningkatan kelajuan ini dijadualkan bermula pada 7 Julai 2018.