Utama Teknologi Awanan Yes 5G perkenalkan Pas Harian NVIDIA GeForce Now pada Harga RM10/hari

Yes 5G perkenalkan Pas Harian NVIDIA GeForce Now pada Harga RM10/hari

256
0
Pelan langganan NVIDIA GeForce Now untuk Pelanggan Yes

Yes 5G telah mengumumkan pas harian baharu untuk perkhidmatan permainan awanan NVIDIA GeForce Now. Berbeza dengan sebelum ini yang hanya menawarkan langganan bulanan dan tahunan, pengguna kini boleh mencuba pas akses tersebut untuk sehari atau tiga hari pada harga bermula dari RM10.

Pas harian GeForce Now boleh didapati pada harga RM10 untuk pelanggan Yes dan RM12 untuk bukan pelanggan Yes. Untuk pas tiga hari pula, harganya RM20 untuk pelanggan dan RM25 untuk anda yang tidak melanggan talian telekomunikasi tersebut.

Pelan Pas Langganan untuk Bukan Pelanggan Yes

Pas tiga hari berkenaan dilihat tidak berbaloi jika mengambil kira langganan bulanan yang hanya RM30 untuk pelanggan Yes dan RM50 untuk bukan pelanggan Yes. Cuma, ia dapat memberikan pilihan kepada pengguna yang sekadar ingin mencuba perkhidmatan tersebut.

Bagi pengguna yang mungkin ingin melanggan untuk tempoh yang panjang, perkhidmatan GeForce Now juga menawarkan langganan untuk setahun pada harga RM300 untuk pelanggan Yes dan RM500 untuk bukan pelanggan Yes.

Perkhidmatan permainan awanan membolehkan anda memainkan permainan secara penstriman terus ke peranti anda dengan keperluan pemprosesan grafiknya dilaksanakan di pelayan perkhidmatan tersebut. Ia seterusnya mengurangkan keperluan perkakasan peranti pengguna untuk memainkan sesebuah permainan.

NVIDIA GeForce Now turut menawarkan sokongan RTX On dan permainan tanpa henti selama enam jam bagi setiap sesi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.