Utama Android Honor Pandang Pertama HONOR X9c 5G; Satu lagi Telefon Pintar Kental dari HONOR

Pandang Pertama HONOR X9c 5G; Satu lagi Telefon Pintar Kental dari HONOR

210
0

Apabila bercerita tentang kekentalan telefon pintar, HONOR bukan sekadar sembang sahaja. HONOR X9c 5G, telefon pintar peringkat menengah baharu yang diperkenalkan menawarkan ketahanan luar biasa yang bukan sekadar mampu bertahan apabila dijatuhkan, malah boleh digunakan seperti penukul untuk mengetuk paku!

Penambahbaikan dari model sebelumnya, X9b lebih kepada naik taraf perkakasan yang kini lebih lasak mendepani risiko kerosakan. Menjelang pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat HONOR X9c 5G.

Lebih kental, lebih teguh

Penarafan kelasakan dari segi kerintangan debu dan air juga dipertingkatkan pada telefon pintar ini dengan kali ini mempunyai IP65M. Untuk makluman anda, huruf M pada penarafan tersebut menunjukkan telefon pintar ini mampu bertahan dari semburan air bertekanan tinggi dari semua arah.

Naik taraf perkakasan untuk telefon pintar ini juga melibatkan kapasiti baterinya yang kini ditawarkan pada 6,600mAh. Walaupun kapasitinya ini besar, ketebalannya masih lagi lebih kurang sama dengan telefon pintar lain dan tidak kelihatan terlalu tebal.

Skrinnya juga memperlihatkan naik taraf walaupun masih lagi mengekalkan skrin melengkung untuk paparan OLED 6.78-inci yang kini lebih jitu dan terang berbanding model sebelumnya. Selain menawarkan kadar penyegaran semula skrin 120Hz, skrinnya ini juga mempunyai penarafan SGS Five Star Comprehensive Reliability Certification.

Ia disebabkan oleh ciri tahan lasaknya yang mampu bertahan dari pancutan air bertekanan tinggi yang mampu membelah tembikai, Ia juga tidak rosak apabila dijatuhkan pada ketinggian 2 meter berulang kali dan malah boleh dijadikan seperti penukul untuk mengetuk paku.

Terdapat dwi-kamera pada bahagian belakangnya yang menampilkan sebuah kamera utama 108MP f/1.8 dan sebuah lagi kamera bersudut ultra-lebar 5MP. Berbanding modelnya yang terdahulu, kamera utama HONOR X9c 5G mempunyai sokongan OIS. Di sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.

Nyahkotak HONOR X9c 5G

@harianteknologi

HONOR X9c 5G unboxing #unboxing #honor #honorx9c5g

♬ In the Mood – Glenn Miller

HONOR seperti biasa bermurah hati menawarkan set yang melengkapkan HONOR X9c 5G di dalam kotak pembungkusannya. Ia mengandungi pelapik telefon dari bahan TPU (thermoplastic polyreuthane) lembut, kabel USB-C, pengecas 66W, serta pin penolak dulang SIM dan juga helaian panduan pengguna.

Tawaran menarik pembelian terawal HONOR X9c 5G

Setakat ini masih lagi belum diketahui berapakah harga jualan HONOR X9c 5G di pasaran Malaysia. Sebagai perbandingan, HONOR X9b pada tahun lepas dijual pada harga RM1,499 dan dijangkakan harganya mungkin akan ditawarkan sekitar itu juga. Apa yang pasti, HONOR X9c akan didatangkan dengan pilihan warna Titanium Purple, Jade Cyan dan Titanium Black (seperti unit ulasan yang kami terima ini).

Menjelang pelancarannya, HONOR Malaysia menawarkan promosi pembelian terawal bermula dari sekarang sehingga 4 November 2024 dengan hanya mendepositkan RM9 sahaja. Anda akan ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai RM1,486 seperti jam tangan HONOR Choice, polisi penggantian keretakan depan dan belakang 365-hari, penggantian satu-kepada-satu 180 hari dan juga jaminan bateri selama 36-bulan.

Nantikan pelancaran HONOR X9c 5G baharu pada 5 November 2024 dan kunjungi laman web rasmi HONOR untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.