Utama Android Honor Pandang Pertama HONOR 90 5G; Memang Ringan Betul

Pandang Pertama HONOR 90 5G; Memang Ringan Betul

255
0

HONOR 90 akan dijadualkan akan dilancarkan esok menurut kenyataan rasminya yang dikeluarkan pada minggu lepas. Setakat ini tidak banyak perincian mengenai telefon pintar ini termasuk harga jualannya di Malaysia.

Namun, apa ada hal, esok segala persoalan tentangnya dijangka akan terjawab pada pelancaran rasminya.

Apa yang saya perasan mengenai telefon pintar ini adalah ia boleh dikategorikan sebagai sebuah peranti yang ringan dari segi jisimnya. Berdasarkan maklumat daripada HONOR sendiri, telefon pintar ini hanya seberat 183 gram sahaja walaupun mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh.

Pada luarannya, HONOR 90 5G menampilkan ciri rekaan kontemporari seperti yang kita biasa ketemukan pada telefon pintar di pasaran masa kini seperti skrin melengkung. Permukaannya yang bertekstur memudahkan genggaman pada tapak tangan selain menaikkan seri rekaannya.

Bonggol untuk kamera belakangnya pula memberikan ciri unik rekabentuknya dengan telefon-telefon pintar lain. Terdapat dua bonggol yang menempatkan tiga kameranya dan satu lampu flash LED (1+1 kamera, dan 1 kamera + 1 flash LED). Kamera-kameranya ini terdiri daripada kamera utama 200MP, kamera lebar 12MP dan kombo makro + berkedalaman 2MP.

Lain-lain ciri seperti kebanyakan telefon pintar lain yang disediakan padanya termasuklah dulang SIM, port USB-C, dan pembesar suara. Cipset yang digunakannya pula adalah Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 dengan RAM 12GB dan storan 512GB. HONOR 90 5G menggunakan antaramuka MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13.

Kelebihan HONOR 90 5G telah pada paparan skrin AMOLED 6.7-inci 2,664 x 1,200 piksel yang menyokong ciri keselesaan mata melalui pemalapan PWM 3,840Hz dan persijilan TUV Rheinland Flicker Free.

Ia dikatakan mampu mengurangkan keletihan pada mata terutamanya ketika anda melihatnya dalam keadaan gelap atau kurang pencahayaan.

Ikuti pelancaran Siri HONOR 90 secara langsung pada 20 Julai 2023 jam 8 malam yang akan disiarkan di Facebook HONOR Malaysia kerana anda berpeluang memenangi hadiah misteri. Untuk maklumat lanjut dan yang terkini tentang Siri HONOR 90 boleh layari laman sesawang rasmi di 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.