Utama Mobile Telco Pakej 5G Rahmah ditawarkan bermula dari 31 Ogos hingga akhir tahun ini,...

Pakej 5G Rahmah ditawarkan bermula dari 31 Ogos hingga akhir tahun ini, Sedia Data 60GB RM60 sebulan dengan Kontrak 24 bulan

76
0

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah berkongsikan maklumat terkini berhubung Pakej Rahmah 5G yang telah diumumkan pada awal bulan ini. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pakej ini boleh melakukannya pada hari pelancarannya iaitu bermula dari 31 Ogos sehingga 31 Disember 2023.

Pakej 5G Rahmah merupakan pelan pascabayar yang menawarkan data 60GB pada harga RM60 sebulan bersama-sama telefon pintar pilihan sama ada Samsung Galaxy A14 5G atau HONOR 90 Lite pada harga RM240 sahaja.

100,000 yang pertama bagi pelanggan dari kategori B40 untuk pelan ini layak untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan pada separuh harga, RM120. Telefon pintar tersebut juga didatangkan bersama-sama kontrak 24 bulan dengan waranti selama dua tahun.

Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat di dalam pakej Rahmah 5G ini termasuklah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile, dan Yes.

Turut diperkenalkan bersama-sama rebat bulanan RM10 untuk penjawat awam yang melanggan pelan telekomunikasi sedia ada bermula dari 16 September 2023.

Fahmi Fadzil juga memaklumkan pihak kementeriannya sedang dalam perbincangan dengan penyedia perkhidmatan untuk memberikan rebat sebulan khusus untuk pengamal media pada bulan September ini.

Artikel sebelum iniBeam sambut Hari Kebangsaan Ke-66 dengan Baucar RM66 dan Pelbagai Tawaran Hadiah Hebat
Artikel seterusnyaOPPO Find N3 Flip dilancarkan secara rasminya Hari ini
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.