Utama Android Oppo OPPO Siri Reno13 Kini di Malaysia: Pertunjukan Fesyen Tepi Kolam Pertama, Gabungan...

OPPO Siri Reno13 Kini di Malaysia: Pertunjukan Fesyen Tepi Kolam Pertama, Gabungan Unik Fesyen dan Teknologi

101
0

Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 — OPPO Malaysia hari ini memperkenalkan siri telefon pintar berkuasa AI terbaharunya, Siri OPPO Reno13, yang  menampilkan Reno13 Pro 5G, Reno13 5G, dan Reno13 F 5G. Dilengkapi dengan ciri-ciri AI bertaraf flagship seperti AI Livephoto, AI Editor, serta fotografi bawah air dengan penarafan kalis air dan habuk IP69, Siri Reno13 menawarkan gabungan sempurna antara perkakasan berkuasa, perisian intuitif, dan reka bentuk yang anggun serta tahan lama. Direka khas untuk pencipta kandungan, pemain, dan pengguna seharian, siri ini menetapkan standard baharu untuk telefon pintar dengan prestasi tanpa kompromi dan keupayaan AI yang canggih.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Siri OPPO Reno13 telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas penganjuran “Landasan Fesyen Teknologi Terpanjang di Atas Kolam.”

Dikukuhkan dengan spesifikasi premium yang tertahap hebat, Reno13 Pro 5G dilengkapi dengan platform MediaTek Dimensity 8350 tersuai, paparan OLED 120Hz 1.5K, bateri 5,800mAh dengan 80W SUPERVOOC™ Flash Charge, dan teknologi Adaptive Frame Booster[1] untuk pengalaman permainan yang lancar pada kadar bingkai yang tinggi.

Ketukangan Kerja Tangan Halus dan Reka Bentuk Tahan Lama

Dilahirkan daripada inspirasi keindahan sayap rama-rama, Siri Reno13 memaparkan reka bentuk baharu yang berani, di mana menggabungkan keharmonian antara teknologi canggih dengan fesyen.

Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G menampilkan penutup belakang dengan One-piece Sculpted Glass yang memberikan lengkungan elegan serta kerja tangan yang halus dengan ketahanan yang dipertingkatkan, manakala Rangka Aluminium Gred Aeroangkasa (Aerospace-grade Aluminum Frame) menawarkan kekuatan hasil 200% lebih tinggi berbanding rangka plastik, serta peningkatan 20% dalam ketahanan lenturan dan ketahanan rintangan jatuh sebanyak 36%. Dengan penambahbaikan ini dan banyak lagi, kedua-dua model ini menawarkan keseimbangan optimum antara pembinaan ringan dan kekuatan yang tiada kompromi. Reno13 Pro 5G hanya seberat 195g[2] dengan profil ramping setebal 7.55mm, manakala Reno13 5G seberat 181g dengan ketebalan 7.24mm untuk warna Plume White dan 7.29mm untuk warna Luminous Blue.

Reno13 Pro 5G menampilkan paparan Infinite View yang diperluas dengan Bingkai Ultra-Tipis, memberikan pengalaman tontonan tanpa gangguan dengan sempadan nipis yang sama rata pada kesemua empat sisi. Kedua-dua Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G dilengkapi dengan paparan OLED 1.5K dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan 93.8% dan 93.4% masing-masing. Kedua-dua paparan juga disahkan untuk HDR10+, Amazon HD&HDR, dan Netflix HD&HDR.

Reno13 F 5G hadir dengan reka bentuk ramping dan berat ringan hanya 192g[3], di mana dilengkapi dengan 120Hz Skrin Adaptasi Pintar untuk hiburan imersif sepanjang hari. Paparan pada Reno13 F 5G turut menampilkan penyelesaian low-blue-light berasaskan perkakasan yang memberikan pengalaman tontonan yang selesa dan mesra mata, walaupun digunakan untuk jangka masa yang lama atau dalam keadaan cahaya rendah.

Bebaskan Kreativiti Anda dengan Fotografi Bawah Air Menggunakan Salah Satu Telefon Tanpa Sarung Bawah Air Pertama di Dunia

Dengan penarafan kalis air dan habuk IP69 pada kesemua model, Siri Reno13 menawarkan perlindungan luar biasa terhadap air dan habuk. Bukan sahaja telefon ini dilindungi daripada percikan air sehingga suhu 80°C[4], telefon ini juga boleh kekal tenggelam dalam air dengan kedalaman sehingga 2 meter selama 30 minit[5], membuka peluang baharu bagi pengguna untuk meneroka dan mencipta di sekeliling mereka.

Disokong oleh keupayaan kalis air yang terkemuka dalam industri, Siri Reno13 menyokong rakaman foto dan video bawah air tanpa memerlukan sarung kalis air atau aksesori tambahan. Semua model dilengkapi dengan Mod Bawah Air[6] khas yang menyediakan penalaan warna bebas daripada herotan untuk gambar yang realistik dan kelihatan semula jadi, serta kawalan butang fizikal untuk operasi bawah air yang mudah. Tambahan pula, mekanisme saliran air satu ketikan yang canggih mengeluarkan air daripada peranti dalam beberapa saat untuk memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap optimum. Dengan adanya gabungan reka bentuk dan ciri yang berkuasa ini, pengguna dapat menikmati fotografi bawah air dengan penuh keselesaan dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan, menetapkan standard baharu untuk ketahanan dan kreativiti dalam telefon bimbit.

Pengalaman Fotografi yang Dipertingkatkan dengan Inovasi AI

OPPO membawa fotografi mudah alih ke tahap baharu menerusi Siri Reno13 dengan koleksi ciri AI yang berkuasa, direka untuk membantu pengguna merakam setiap detik kehidupan dengan butiran yang terperinci dan jelas.

AI Livephoto mentakrifkan semula fotografi dinamik dengan imej ultra-jelas berdefinisi tinggi, serta digabungkan dengan pengalaman penggambaran yang sangat lancar dan stabil yang tiada tandingan. Dengan menggunakan penstabilan EIS dan teknologi pengembangan bingkai dinamik, ciri ini meminimumkan penurunan bingkai sambil meningkatkan ketajaman imej yang menghasilkan pengalaman Livephoto yang paling lancar dan boleh dipercayai. Siri Reno13 juga menawarkan satu set alat penyuntingan dan peningkatan kreatif berasaskan AI yang lengkap, termasuk kesan solekan dan penapis, serta teknologi Pro XDR untuk memberikan pengguna kebebasan yang sepenuhnya dalam mempersonalisasi kenangan mereka dengan mudah sekali.

Tambahan pula, Siri Reno13 juga mengambil langkah dalam mengatasi halangan keserasian antara ekosistem telefon pintar yang berbeza. Dengan fungsi baharu Tap-to-Share, telefon bimbit di bawah siri ini merupakan antara beberapa peranti Android pertama yang menyokong perkongsian langsung Livephoto dengan peranti iOS (melalui penggunaan NFC), manakala  sokongan perkongsian AI Livephoto di platform media sosial popular seperti Instagram[7], dan WhatsApp yang memudahkan lagi pengguna berkongsi kandungan kegemaran mereka bersama dengan rakan, keluarga, dan pengikut masing-masing.

Siri Reno13 turut memperkenalkan ciri AI Motion yang revolusioner, memanfaatkan teknologi AI generatif canggih untuk mengubah imej pegun menjadi video berdurasi tiga saat dengan kualiti hampir 2K. Dengan menambahkan kesan mikro-pergerakan yang ceria atau animasi time-lapse pada foto seperti langit yang penuh dengan bintang atau jalan yang sibuk, AI Motion menghidupkan semula foto biasa menjadi Livephoto yang dinamik tanpa memerlukan kemahiran penyuntingan yang profesional.

Di samping itu, AI Editor pada Siri Reno13 menyediakan rangkaian alat yang mampu mengubah pengangkapan gambar yang biasa menjadi imej setaraf peringkat profesional:

  • AI Clarity Enhancer mempertajamkan kejelasan pemandangan jauh, menjadikan objek seperti landskap atau butiran seni bina yang jauh kelihatan lebih jelas.
  • AI Unblur membawa kejelasan kepada foto yang kabur sebelumnya, memastikan setiap detik ditangkap dengan ketepatan yang seperti semula jadi.
  • AI Reflection Remover menghapuskan pantulan kaca, membolehkan pengguna merakamkan pemandangan melalui tingkap dengan gangguan yang minimum.

Reno13 Pro 5G turut dilengkapi dengan Kamera Utama Ultra-Jelas 50MP (Sony IMX890), Kamera Telefoto 50MP dengan zum optik 3.5x, Kamera Ultra-Lebar 8MP, dan Kamera Swafoto 50MP. Untuk Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G, kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video 4K Ultra Jelas, merakam video yang empat kali lebih jelas daripada video 1080P standard dan dipenuhi dengan butiran yang lebih kaya.

AI yang Dipertingkat untuk Produktiviti dan Kecekapan Harian

Selain daripada penambahbaikan yang didorong oleh AI dalam foto dan rakaman video, Siri Reno13 juga memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan kecekapan dalam kehidupan dan tugas seharian. Siri ini menawarkan ciri AI inovatif seperti Dokumen – aplikasi berdedikasi untuk golongan profesional dalam meringkaskan, menyunting teks atau malah mengekstrak carta untuk disunting terus pada dokumen dengan bantuan AI. Sementara itu, Pembantu AI untuk Nota menawarkan alat yang berasaskan oleh AI untuk pemformatan, penyuntingan, pengembangan kandungan, dan variasi gaya. Fungsi ini dilengkapi dengan AI Toolbox 2.0 yang telah dinaik taraf, di mana disertakan melalui bar sisi untuk menawarkan pemeriksaan ejaan masa nyata, penterjemahan, penulisan semula teks, dan cadangan dalam pelbagai bahasa berdasarkan pemahaman pintar terhadap tugas semasa pengguna.

Pengalaman Permainan Terunggul dengan Prestasi Cemerlang

Dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 8350 Mobile Platform[8] yang direka khas dan dioptimumkan bersama MediaTek, Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G menetapkan standard baharu dalam prestasi telefon bimbit. Dibina menggunakan proses 4nm yang canggih, Dimensity 8350 menampilkan konfigurasi CPU 8-teras dengan frekuensi utama sehingga 3.35GHz, memberikan peningkatan prestasi sebanyak 20% sambil mengurangkan penggunaan kuasa maksimum sebanyak 30%. Ini membolehkan prestasi yang luar biasa dengan kecekapan kuasa yang tinggi, menyampaikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan responsif, fotografi berdefinisi tinggi, serta memberikan sokongan kukuh untuk ciri AI canggih.

Reno13 F 5G menggabungkan teknologi AI terkini dan penambahbaikan perkakasan untuk meningkatkan prestasi permainan dan pengalaman hiburan. Dengan Snapdragon® 6 Gen 1 Mobile Platform yang dilengkapi dengan CPU 8-teras dengan kelajuan sehingga 2.2GHz pada proses 4-nanometer, telefon bimbit ini memastikan pengalaman multimedia dan permainan yang lancar dan mengasyikkan[9]

Sesi permainan pada Siri Reno13 dipertingkatkan dengan AI Multi-Cooling System dengan Vapor Chamber (VC) yang diperluaskan. Kawasan VC pada Reno13 Pro 5G telah digandakan berbanding generasi sebelumnya. Algoritma pintar turut ditambahkan untuk mengurus suhu secara dinamik, memastikan prestasi konsisten sepanjang sesi permainan yang berpanjangan.

Pengalaman permainan pada Siri Reno13 kekal lancar dan bebas lag walaupun ketika sesi intensif sumber, ini terima kasih kepada enjin permainan AI HyperBoost yang dinaik taraf, di mana ia memperuntukkan sumber secara pintar dan menstabilkan kadar bingkai untuk memastikan pengalaman permainan yang lancar.

Siri Reno13 turut membawa pengalaman permainan ke tahap seterusnya dengan Adaptive Frame Booster yang dibangunkan sendiri oleh OPPO. Teknologi canggih ini memanfaatkan generasi bingkai perantaraan yang didorong oleh GPU untuk meningkatkan kadar bingkai dalam permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile daripada 60 FPS ke 120 FPS, sementara mengurangkan penggunaan kuasa dengan ketara berbanding tetapan 120 FPS yang asli. Ini memberikan visual yang lebih lancar sambil mengekalkan hayat bateri. Berbeza dengan penyelesaian lain yang bergantung kepada cip luaran, penyelesaian GPU bersepadu yang terbina dalam OPPO meminimumkan latensi untuk memberikan pengalaman permainan yang lancar dan responsif pada kadar bingkai ultra-tinggi.

Siri Reno13 turut memperkenalkan AI LinkBoost 2.0, penyelesaian ketersambungan terkini OPPO, yang menampilkan sebelas antena strategik yang disusun dalam konfigurasi 360° untuk meningkatkan penerimaan isyarat. Sistem pintar ini menyesuaikan keutamaan rangkaian secara dinamik bagi memastikan pengguna kekal tersambung walaupun berada di persekitaran yang sibuk dan sesak. Berbanding dengan generasi sebelumnya, kelajuan perkongsian video di stadium adalah 25% lebih pantas, manakala penangguhan video di pusat membeli-belah yang sibuk meningkat sebanyak 24%. Dikuasakan oleh cip SignalBoost X1 yang dibangunkan oleh OPPO, AI LinkBoost 2.0 juga meningkatkan penembusan dinding dan menghapuskan zon mati. Selain itu, AI LinkBoost yang telah dikemas kini menyertakan ciri Wi-Fi Positioning yang membimbing pengguna bagaimana meletakkan telefon mereka pada kedudukan optimum untuk memastikan sambungan yang kuat walaupun berada di kawasan yang sukar. Dengan teknologi baharu dan dipertingkatkan ini, pengguna dapat menikmati permainan dalam talian, penstriman, dan perkongsian fail yang lebih lancar tanpa gangguan, bahkan di lebih banyak persekitaran.

Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G telah dianugerahkan Gred S dalam Penarafan Permainan Mudah Alih Tanpa Lag TÜV SÜD sebagai pengiktirafan prestasi meraka dalam pengalaman permainan dan rangkaian yang lebih pantas, manakala keseluruhan Siri Reno13 telah menerima Sijil Prestasi Rangkaian Tinggi TÜV Rheinland.

Untuk hayat bateri dan pengecasan, Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G dilengkapi dengan bateri 5,800mAh dan 5,600mAh masing-masing, serta sokongan untuk teknologi 80W SUPERVOOC™[10] Flash Charge OPPO. Kedua-dua bateri berdaya tahan tinggi ini direka untuk menawarkan jangka hayat yang lebih panjang tanpa menjejaskan prestasi, dengan mengekalkan sekurang-kurangnya 80% daripada kapasiti asal mereka selepas penggunaan lima tahun[11]. OPPO melengkapi Reno13 F 5G dengan bateri 5,800mAh yang merupakan berketumpatan tenaga tertinggi yang pernah ada pada telefon Reno, bersama-sama dengan 45W SUPERVOOC™ Flash Charge, untuk memberikan pengecasan pantas dan berjam-jam tambahan hayat bateri hanya dengan beberapa minit pengecasan.

Untuk pengalaman audio yang benar-benar imersif, OPPO Reno13 F 5G dilengkapi dengan Dual Stereo Speakers yang menyampaikan kualiti bunyi 3D surround yang setanding dengan peranti yang lebih mahal. Dengan menggunakan Mod Ultra Volume, pengguna boleh meningkatkan output audio sehingga 300% daripada tahap asal, memastikan Reno13 F boleh didengari dengan jelas dalam persekitaran paling bising, dari parti yang meriah hingga pasar yang paling sibuk.

Harga dan Ketersediaan di Pasaran

Siri OPPO Reno13 boleh didapati di pasaran mulai 11 Januari! Semak harga dan butirannya seperti di bawah:

Model TelefonVarianWarnaHarga (RM)
OPPO Reno13 Pro12GB + 512GBPlume Purple

Graphite Grey

2,999
OPPO Reno1312GB + 512GBPlume White

Luminous Blue

2,599
12GB + 256GBPlume White

Luminous Blue

2,299
OPPO Reno13 F12GB + 512GBPlume Purple

Graphite Grey

1,799
12GB + 256GBPlume Purple

Graphite Grey

Luminous Blue

1,499
8GB + 256GB

(*only available on OPPO E-comm channels)

Plume Purple

Luminous Blue

1,399

 

Hadiah Pra-Tempahan

Para pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan Siri Reno13 mulai sekarang hingga 10 Januari 2025, dengan rebat segera sehingga RM200 dan hadiah menarik bernilai sehingga RM2,266[12]! Terokai hadiah pra-tempahan yang menakjubkan menanti pengguna seperti di bawah.

Model TelefonHadiah Pra-Tempahan
OPPO Reno13 ProGanjaran bernilai sehingga RM2,266

  1. Percuma OPPO Care Plus – Pelan Perlindungan Cecair 1 Tahun bernilai RM1,099
  2. Percuma OPPO Care Plus – Jaminan Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM599
  3. Jaminan Pelbagai Wilayah bernilai RM169
  4. OPPO Enco Air4 bernilai RM249 (selagi stok masih ada)
  5. Rebat Segera RM150
OPPO Reno13 & OPPO Reno13 FGanjaran bernilai sehingga RM1,916

  1. Percuma OPPO Care Plus – Pelan Perlindungan Cecair 1 Tahun bernilai RM1,019
  2. Percuma OPPO Care Plus – Jaminan Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM499
  3. Jaminan Pelbagai Wilayah bernilai RM169
  4. OPPO Enco Buds2 bernilai RM129 (selagi stok masih ada)
  5. Rebat Segera RM80

Pra-tempahan boleh didapati di kedai-kedai yang disenaraikan di bawah:

Kedai FizikalKedai Dalam Talian
1.     My OPPO Space

2.     Kedai Jenama OPPO

3.     Pengedar yang diberi kuasa OPPO

4.     Rakan-rakan kedai rangkaian

1.     Kedai dalam talian rasmi OPPO

2.     Kedai dalam talian yang diberi kuasa OPPO

3.     Rakan-rakan e-dagang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Siri Reno13, layari https://bit.ly/OPPOReno13Pro,  https://bit.ly/OPPOReno13, or https://bit.ly/OPPOReno13F.

[1] Adaptive Frame Booster tersedia untuk Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile (versi global) pada Reno13 Pro 5G dan Reno13 5G.

[2] Ketebalan dan berat OPPO Reno13 5G dan Reno13 Pro 5G adalah berdasarkan data yang dikumpul di Makmal OPPO. Saiz dan berat sebenar mungkin berbeza bergantung pada proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[3] Berat OPPO Reno13 F adalah berdasarkan data yang dikumpulkan di Makmal OPPO. Saiz dan berat sebenar mungkin berbeza bergantung pada proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[4] Semua telefon Siri Reno13 telah diuji dan menunjukkan bahawa ia memenuhi penarafan IP69, IP68, dan IP66 mengikut piawaian IEC 60529 apabila diuji dalam keadaan makmal terkawal. Telefon ini mampu menahan percikan air pada suhu 80°C dengan isipadu air 14-16 liter per minit dan tekanan air 8,000-10,000 KPa selama 120 saat dalam keadaan makmal. Telefon ini juga boleh berfungsi tanpa kerosakan selepas terendam pada kedalaman 2 meter di bawah air pada suhu 20-26°C dalam keadaan makmal.Perlindungan terhadap percikan, air, dan habuk bukanlah berada dalam keadaan kekal. Ketahanan mungkin berkurang akibat daripada kehausan biasa. Jangan cuba mengecas telefon yang basah. Kerosakan akibat cecair tidak dilindungi oleh jaminan.

[5] Mampu bertahan apabila tenggelam dalam air tawar (seperti kolam renang, sungai, atau tasik air tawar) hingga kedalaman 2-meter selama 30 minit.

[6] Semua ujian dijalankan dalam keadaan profesional dan terkawal.

[7] Menyokong Instagram Stories

[8] Ketersambungan 5G bergantung pada keserasian kad SIM, serta jalur frekuensi 5G dan ketersediaan rangkaian 5G di lokasi pengguna.

[9] Ketersambungan 5G bergantung pada keserasian kad SIM, serta jalur frekuensi 5G dan ketersediaan rangkaian 5G di lokasi pengguna.

[10] Data adalah berdasarkan ujian yang dilakukan oleh OPPO dalam keadaan makmal. Keputusan mungkin berbeza disebabkan oleh perbezaan dalam persekitaran ujian. “100%” merujuk kepada tahap bateri 100% yang dipaparkan di skrin. Masa pengecasan sebenar mungkin berbeza disebabkan oleh perubahan persekitaran atau peranti individu (seperti perubahan suhu dan usia bateri).

[11] Jangka Hayat Bateri Lima Tahun adalah berdasarkan pengiraan teori yang dilakukan melalui ujian yang dijalankan oleh OPPO dalam keadaan makmal. Ia mengandaikan bahawa pengguna mengecas telefon sekali sehari dan kapasiti bateri telefon kekal lebih dari 80% daripada kapasiti asalnya selepas lima tahun penggunaan berterusan pada suhu bilik.

[12] Hanya tersedia di OPPO Brand Store dan Rakan Rangkaian Kedai.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.