Utama Android Samsung Samsung akan melancarkan Galaxy S25 di acara Galaxy Unpacked pada 23 Januari...

Samsung akan melancarkan Galaxy S25 di acara Galaxy Unpacked pada 23 Januari ini

93
0

Samsung Unpacked menjelma lagi dengan tarikhnya telah diumumkan dan dijangka akan turut mengumumkan siri Galaxy S25. Acara ini juga akan mempertontonkan sejumlah ciri-cri kecerdasan buatan (AI) baharu melalui platfrom Galaxy AI dengan jangkaan sokongan pembantu bersuara Bixby yang diperbaharui.

Menurut laporan, barisan pada tahun ini dijangka menampilkan model standard Galaxy S25, Plus dan juga Ultra. Terdapat juga model Slim baharu, namun tidak dapat dipastikan akan diperkenalkan di dalam acara yang sama atau tidak.

Apa yang dapat kita jangkakan daripada siri telefon pintar mercu baharu ini, terdapat ura-ura yang mengatakan rekaannya mungkin akan didatangkan dengan butang kamera khusus untuk fungsi fotografinya. Kali terakhir Samsung menawarkan butang fizikal untuk fungsi kamera pada telefon pintarnya adalah pada model Samsung i8000 Omnia II pada tahun 2009.

Selain itu, siri baharu ini juga akan ditawarkan bersama-sama akses ke Google Gemini Advanced secara percuma untuk tempoh yang masih lagi belum diketahui.

Galaxy Unpacked akan berlangsung di San Jose, California pada 23 Januari 2025, jam 2 pagi waktu Malaysia. Anda boleh mengikuti siaran langsung acara tersebut menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia dan juga platform media sosial rasminya di YouTube, Instagram, Facebook, dan LinkedIn.

Daftar minat anda sekarang sehingga 22 Januari 2025 untuk menikmati baucar RM200.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.