Utama Android Oppo OPPO A3 secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM699

OPPO A3 secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM699

130
0

OPPO Malaysia secara rasminya telah mengesahkan kehadiran telefon pintar peringkat pemula baharunya, OPPO A3 yang sebelum ini telah pun didedahkan lebih awal oleh pengedar tempatan minggu lepas.

Telefon pintar ini boleh ditempatkan di tengah-tengah di antara model OPPO A3x dan model OPPO A3 Pro. Ia menggabungkan pemprosesan dari model A3x dan sistem kamera dari model A3 Pro.

Secara ringkasnya, OPPO A3 menampilkan paparan LCD 6.67-inci dengan resolusi 720 x 1604 piksel, kadar penyegaran semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits.

Dari segi ketahanan, telefon pintar ini mempunyai kerintangan air dan debu IP54 serta tahan hentakan dan kaca Panda. Ia juga didatangkan dengan pengimbas cap jari pada butang sisinya, port USB 2.0, pembesar suara dan bicu audio 3.5mm.

Pemprosesannya pula merupakan jenis Qualcomm Snapdragon 6s Gen 1 bersama-sama RAM 8GB, dan storan dalaman 256GB. Ia mempunyai bateri berkapasiti 5,100mAh bersama-sama sokongan pengecasan pantas 45W. Dari segi ketersambungannya pula, ia menyokong 5G, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 5 dan NFC.

Dari segi pengimejan pula, OPPO A3 menampilkan dwi-kamera pada bahagian belakangnya yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sebuah kamera sokongan. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP.

Anda boleh mendapatkan OPPO A3 sekarang menerusi kedai rasmi OPPO secara fizikal dan juga dalam talian melalui pengedar yang sah pada harga RM699 untuk konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB pula harganya RM799. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan dengan pilihan Starlight White dan Sparkle Black.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.