Utama Android Oppo OPPO A2 Pro dikatakan akan dilancarkan pada 15 September ini

OPPO A2 Pro dikatakan akan dilancarkan pada 15 September ini

54
0
OPPO A2 Pro

OPPO berkemungkinan akan melancarkan penawaran telefon pintar peringkat menengah baharunya di China, OPPO A2 Pro. Menurut pentiris maklumat tegar Digital Chat Station, peranti berkenaan dikatakan akan dilancarkan pada 15 September 2023.

Di Weibo, Digital Chat Station mengatakan OPPO A2 Pro mungkin peranti yang sama dengan peranti bernombor model PGJ110 seperti yang diketemukan di dalam laman persijilan TENAA.

Mempunyai nama kod dalaman Givenchy, pentiris maklumat tersebut juga mendedahkan peranti tersebut mungkin menampilkan panel skrin OLED 6.7-inci 120Hz OLED.OPPO A2 Pro Weibo Leaks

Selain itu, OPPO A2 Pro juga dijangka menampilkan bateri 5,000mAh, dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Imej pengolokan berdasarkan senarai di dalam TENAA juga menunjukkan ia mungkin dilengkapkan dengan modul kamera di dalam bulatan pada bahagian belakangnya dengan kamera hadapan ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubang pada skrinnya.

Lain-lain maklumat buat masa ini masih lagi menjadi tanda tanya. Seperti biasa, desas-desus seperti ini masih lagi belum dapat disahkan selagi belum menerima kenyataan rasmi dari pihak OPPO.

SUMBERDigital Chat Station [Weibo]
Artikel sebelum iniHuawei Mate X5 diumumkan secara rasminya; Hadir dengan rekaan yang sama, Bateri yang lebih besar
Artikel seterusnyaImej pengolokan Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan muncul di TENAA
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.