Utama Teknologi Nostalgia Nasi Ganja Ipoh

Nostalgia Nasi Ganja Ipoh

2038
56

Makanan dimasak oleh India, minuman dibancuh oleh Cina dan hidangan dimakan oleh Melayu. Itu adalah persepsi biasa orang ramai berkenaan kedai ‘nasi ganja’ Ipoh yang diberi notis penutupan baru-baru ini. Hakikatnya, gerai ‘nasi ganja’ yang turut berkongsi premis bersama kedai kopi Yong Suan ini amat popular dikalangan warga Ipoh tanpa mengira kaum, darjat dan agama.

Alamat tempat beroperasinya Kedai Kopi Yong Suan tu adalah seperti berikut:

Kedai Kopi Yong Suan,
No 2, Jalan Yang Kalsom,
Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak

 

PlatSpender

Warga Lembah Kinta amat mengenali keenakan ‘nasi ganja’ ini kerana ianya telah lama dibuka di pekan Ipoh semenjak tahun 1960 lagi. Justeru, tidak hairanlah jikalau menu yang berasal dari nasi kandar Pulau Pinang ini mempunyai pelbagai variasinya di Ipoh dengan pelbagai kedai seakan-akan dengannya di buka di sekitar Ipoh.

Aku masih belum pernah berkesempatan untuk mencuba ‘nasi ganja’ di Kedai Kopi Yong Suan ini. Walaupun lokasinya di Jalan Yang Kalsom, jalan yang sering aku lalui sewaktu tinggal di Ipoh, tetapi tidak pernah pula aku menyinggah untuk mencubanya. Asal aku pergi je, mesti tutup. Tak pun, kalau waktu perniagaannya dibuka, pelanggan penuh beratur sampai ke luar premis sampai malas aku nak que.

Nasi-nasi Ganja Ipoh

Di Ipoh, sepanjang pengalaman aku, hanya tiga jenis ‘nasi ganja’ yang pernah aku cuba. Satu di flat Pekan Lama Ipoh (Ipoh Old Town), satu di Gerai Rahmath dan yang satu lagi di restoran yang baru di buka di Green Town Ipoh, Nasi Vanggey.

Kat Old Town tu, aku makan sekali je la. Tak tahan dengan suasana kelilingnya yang kotor pada waktu itu. Sekarang ni tak tau la pulak macam mana tahap kebersihannya.

j2kfm.com

Paling kerap aku makan di Gerai Rahmath yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri. First time makan waktu tu aku jadi runner cari makanan waktu aku buat projek computer network masa dalam Latihan Industri (LI) dulu. Aku mintak keluar rehat awal sebab nak elak kena beratur panjang. Bila dah start makan ‘nasi ganja’ ni, member-member aku yang sama buat projek ni pun sama ‘ketagih’ nak makan lagi. Time diorang jadi runner cari nasik pun diorang pergi ke Rahmath jugak.

Pendek kata, hampir setiap hari menu aku makan tengahari sepanjang menyiapkan projek tu adalah ‘nasi ganja’. Lagipun, site waktu tu bukan jauh mana. Dekat Kampung Seri Kinta je pun.

Lepas dah habis LI pun aku still mencari ‘nasi ganja’ ni. Ada masa, member-member yang kerja TM ajak lepak makan sekali kat Gerai Rahmath tu yang binaannya diperbuat daripada kayu tu. Makan kat Gerai Rahmath ni, macam makan kat kantin sekolah. Meja panjang yang dilapik dengan kepingan aluminium. Itupun orang datang beratur jugak sebab peduli hapa dengan interior deco kedai ni kalau dah makanannya memang sedap. Nak pulak, ayamnya tu dipotong 4 bahagian pada harga satu set RM4.50. Nasik lengkap berlauk RM3.80 dan air sirap limau 70 sen.

Itu harga masa aku lepak dulu la time 2007 dulu. Sekarang ni tak tau la macam mana harganya.

Kali terakhir aku makan ‘nasi ganja’ ni waktu bawak member aku yang datang jauh dari Raub mencuba makanan menarik di Ipoh. Seperti biasa, asal aku pergi je mesti tutup.’Nasi ganja’ baik di Kedai Kopi Yong Suan mahupun di Gerai Rahmath, kedua-duanya tutup waktu aku pergi. Nak pergi kedai-kedai ni memang kena awal sikit sebab hidangannya memang laris dan cepat habis waktu lunch hour. Lagipun waktu operasinya bukannya seperti kedai mamak 24 hours tu. Last-last kami semua makan di Restoran Vanggey yang terletak di Green Town.

OneAweSomeFood

Restoran Vanggey ni kedainya orang beratur jugak. Tapi table dia stail kedai Mamak biasa lah. Waktu operasinya pun lebih panjang. Kitorang lepak petang tu pun ada je lagi ‘nasi ganja’nya. Tak pasti kedai ni open 24 hours or not. Hidangannya tetap lazat, tetapi feelnya tu tak sama macam first time aku pekena ‘nasi ganja’ di Gerai Rahmath dulu. Nostalgia ‘nasi ganja’ di gerai papan itu tidak dapat aku lupakan.

Walaupun tahap kebersihan di gerai-gerai ‘nasi ganja’ ini berada di tahap kurang memuaskan untuk sesetengah pihak. Namun bagi warga pekerja sama ada di Ipoh mahupun di Malaysia yang kuasa belinya semakin berkurang, pilihan yang ada pada gerai-gerai yang setara dengan gerai ‘nasi ganja’ ini adalah antara pilihan yang terbaik. Lumrah bagi marhaen di Malaysia, pedulikan tentang soal kebersihan asalkan ianya puas untuk dinikmati pada harga yang paling murah.

Di Malaysia, kebersihan itu soal kedua. Perut kosong yang perlu diisikan itu adalah keutamaan.

56 KOMEN

  1. sejak dok ipoh 5 tahun ni saya ada beberapa kali makan Gerai Rahmath itu masa tu selalu mkan dengan suami itu waktu rehat sahaja. tapi bila degar kes kat jalag yong kalsum tu naik gerun nak makin kat Gerai Rahmath. selau nak pi keje balik ke lalu jalan kasun tu tapi benar ada sahaja orang makan sampai beratur panjang,suami orgipoh ada cerita macam ttg kedai tepi jalan tu tapi saya tak ambil port sb tengok macam ada sedikit ragu-ragu.bte nasi Gerai Rahmath mmg sedap dan murah.tak tahu pula admin dulu peranh dok sini. saya dok pasir putih jer heee

    • Saya dulu membesar dan study kat Ipoh, kira dah macam orang Ipoh jugaklah. Haha. Gerai Rahmath tu pun bukannya bersih sangat. Tapi, entah la yer. Rasa sedap nasiknya tu, buatkan saya dah tak ambik peduli dengan tahap kebersihannya. haha

  2. Nama nasi ganja tu pun dah boleh buat orang ketagih.haha.

    Kat Arau , Perlis ni pun ada juga. Tp , biasanya di jual di pasar – pasar malam jer la. Xpernah pula jumpa di restoran.

  3. nasi vangey tu yg kena tutup kan sbb periuk2 nasi lauk pauk bc news yahoo disalut ngan najis manusia tuk mendrem org dtg mkn..yakkkkkkkkkkkkkssss nasib x nah mkn nasi ganja2 kat ipoh ni hehehe

  4. Ghupenya ada byk lagi kedai nasi ganja kat ipoh tu…hehe

    Ambe belum pernah sekali makan nasi ganja, nasi kandar pun jarang sekali…nak juga merasa tapi kalau terang jelas nampak tak bersih, ambe mmg surender..tak singgah…hihi…

    tp mmg biasalah, macam kedai mamak jugaklah..bukan bersih sangat, tp 24 jam penuh…hahaha

  5. apa? nasi di masak oleh india, di hidang oleh melayu dan air disajikan oleh cina. kalau saya tak masuk makan kot.

    Tapi kan, cuba tengok je kat kedai kedai nasi kandat kat penang ni khususnya, dorang akan cedok kuah campur kan, masa ceduk tu kuah meleh leleh kat pinggan dan tepi tepi bekas lauk tu. dorang ok je . mungkin itu trademark kot. hehehehe

  6. baru tahu nasi ganja ni rupanya nasi kandar rupanya..nasi kandar memang sedap. Kat NIlai pun ada. memang ramai orang. tapi tak tahula nasib kedai nasi ganja kat ipoh..ramai ke tak lagi seperti dulu even hanya fitnah..orang tetap berjaga-jaga.

  7. sekejap dulu ada kecoh sampai masuk kat berita . sesapa yg lepas mkn nasi kandar , pi uji air kencing akan positif dadah . cuma saya x ingat nama benda tu yg selalu letak dlm lauk nasi kandar …

    • Dah bukak balik dah. Tak cukup bukti nak dakwa sama macam yang diorang sebar kat dalam FB tu. So, anak buah akak tu boleh datang turun makan nasik ganja kat Ipoh dengan perasaan yang tenang. Hahaha 🙂

  8. Tak pernah makan nasi ini. Tapi melihatkan gambar di atas mungkin sedap betul rasanya sehingga ramai yang sanggup berbaris. Cuma pada hemah kawe, mungkin tidak sesuai diberi nama sebegitu. Biarpun atas sebab marketing strategy sekalipun, tetap lain betul bunyinya. Then again, it’s free world dan tidak menyalahi apa-apa undang2 I presume. Hmmm…

    • Yang bagi nama ni pun, asalnya orang-orang Ipoh jugak. Tokey-tokey kedai still labelkannya sebagai nasi kandar. Bila dah lama sangat, nama nasik ganja tu dah melekat dan sebati dengan nasik kandar tu.

      Biasalah, niaga dah lama sangat start dari tahun 60’an dulu. Entah orang tua mana la yang start bubuh nama ganja ni.

  9. Masa pergi Ipoh hari tu kawan ada tunjuk kedai-kedai nasi ganja tu. Huhuhu… Tapi saya ni jenis susah sikit nak makan makanan yang ada nama2 pelik (kecuali kuih tahi itik) hahaa. Sebab orang makan sekali nak lagi, tu yang diberi nama nasi ganja tu.

  10. terbaik Nasi ganja sedap , bro, aku selalu makan kat situ tapi setiap kali aku nak pergi ja, ada mulut2 yang cakap kedai tu pakai pelaris, tapi ak tawakal bisimilah selamber pergi..

  11. salam..
    sungguh nostalgia.. bila tgok gmbar kedai nasi ganja..
    dah lama x p sana.. last p pun 2 tahun lpas dgn kawan2..
    memng harmoni konsep kedai nasi ganja..
    tapi sayang ada pihak2 cuba menjatuhkan reputasi kedai ini )

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.