Utama Teknologi Menulis Blog Menjadikan Aku Lelaki Mudah Lupa

Menulis Blog Menjadikan Aku Lelaki Mudah Lupa

728
44
Banyak perkara-perkara ringkas seharian yang aku sering terlupa semenjak kebelakangan ini. Semakin aktif aku menulis blog, semakin banyak perkara yang aku kerap terlupa. Fikiran aku banyak melayang mencari idea untuk dicoretkan di dalam penulisan aku.
Errr.. Tengahari tadi aku dah makan nasik ke belum?
Fokus aku dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling sudah jauh mencapah. Acap kali juga aku terlupa untuk singgah ke kedai membeli barangan yang dipesan isteriku sewaktu aku pulang bekerja.
Memikirkan soal anak, isteri, tempat tinggal dan perihal ekonomi negara adalah antara perkara yang sering timbul di dalam pemikiran aku. Itu belum campur kerja-kerja di ofis yang perlu disiapkan segera supaya tidak mengganggu rutin aku menulis blog. Kalau diumpamakan dengan sistem komputer, graf penggunaan CPU dan page file dalam otak aku pada saat ini berada di tahap maksimum. Silap gaya boleh hang.
Banyak kali jugak isteri aku menegur aku yang kini sering terlupa untuk menutup lampu dapur dan bilik air apabila tidak digunakan. Cuma rutin menyalin lampin anak sahaja yang aku tidak pernah lupa lagi kerana deria hidu aku masih lagi peka dengan perubahan bau anak aku.
Siapa kata menulis blog ini perkara mudah.

44 KOMEN

  1. Janganlah sampai lalai… Yang penting/wajib harus di dahulukan, blogging hanya di kala waktu kelapangan dan bukan keperluan…Lainlah jika kerjaya anda sebagai blogger sepenuh masa.

  2. Erm.. same goes here.. lately dah tak tau apa berlaku kat dalam dunia nie.. sebab tak sempat nak baca akhbar… asik dok BW blog kawan2.. hik3x…
    Tapi belum la sampai tahap buka lampu lupa tutup tu.. hik3x… Apa pun pandai2 la bahagikan dan hadkan masa untuk blogging nie…

  3. barangkali hang dah tua tu yang cepat lupa. sebab usia ni saya rasa hehehe semakin tua kita semakin tak boleh nak buat @ fikir macam2 benda dalam satu2 masa mudah lupa dan tak mampu nak buat 😀

  4. hahaha…biasanya bukan fikirkan idea utk menulis apa, tapi lebih kepada memikirkan bagaimana nak naikkan trafik dan melihat perubahan ranking juga eager nak tahu apa komen orang pada penulisan kita. Mungkin itu satu penyakit merbahaya kalau berterusan…hehehe

  5. aku kadang-kadang ade rasa benda yang sama tapi aku sendiri tak pasti adakah blog menjadi puncanya atau memang dah aku macam tu..tapi aku setuju dengan kenyataan bukan mudah nak bina blog ini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

  6. Mudah lupa itu sebenarnya kurniaan Allah.. Jika tak lupa-lupa kesakitan contohnya.. sentiasa ingat sakit kaki, sakit kepala, sakit hati.. Cuma jangan terlupa tutup gas dapur.. Jangan terlupa toleh kiri kanan semasa nak belok di jalan raya 🙂

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.