Ikutkan banyak benda yang aku nak hentam pasal perlawanan bolasepak semalam ni. Baik dari pengurusan sampailah ke pemain. Tapi benda ni dah banyak sangat orang kompelin. FAM je yang bangang tak reti-reti lagi nak mengaku kesilapan sendiri.
Malas nak cerita tentang kebangangan FAM, aku cuma ingin bercerita serba sedikit tentang perlawanan malam tadi.
Pada separuh masa pertama, Qatar dilihat lebih banyak menguasai perlawanan berbanding tuan rumah itu sendiri. Tak rasa macam match kat Stadium Shah Alam pun. Malaysia lebih banyak bertahan dan sekali-sekala membuat counter-attack seolah-olah Malaysia pula yang sedang bermain di tempat lawan. Barangkali kurangnya kekuatan penyokong yang disebabkan oleh harga tiket merupakan antara faktor utama kurang sokongan moral terhadap pemain. Dalam hal ini, siapakah yang patut berkorban? Penyokong bola sepak atau badan pengurusan bola sepak Malaysia?
Ok, kita tinggalkan persoalan itu terlebih dahulu.
Berbalik kepada perlawanan malam tadi, pemain tengah Malaysia dilihat bersusah payah menguasai bola. Jentera tengah Qatar yang banyak digerakkan oleh gandingan mantap Khalfan Ibrahim dan Hasan Al Haydo. Gandingan ini hampir sahaja membuka peluang untuk membuka tirai jaringan melalui lorongan cantik kepada penyerang naturalisasi, Sebastian Soria. Mujur bola yang dilorongkan melepasi Amiridzwan Taj itu sempat diselamatkan oleh Khairul Fahmi yang meluru secara berdepan one-on-one dengan penyerang dari Qatar tersebut.
Walaupun tidak berpeluang menunjukkan penguasaan, skuad Harimau Malaya sempat menunjukkan taringnya seketika sebaik sahaja bermula babak separuh masa kedua. Jika tidak kerana penyudah bangang yang dihasilkan oleh Safee Sali, K. Gurusamy dan S. Kunanlan, pastinya lebih banyak peluang menjaringkan gol terhidang buat Harimau Malaya. Peluang terbaik Harimau Malaya terhidang di hadapan kapten pasukan, Safiq Rahim a.k.a. Copot pada minit ke-23. Clearance lemah dari Ibrahim Al-Ghanim membolehkan Copot melakukan percubaan ke gawang. Namun, takdir telah menentukan bahawa bola Copot itu tidak mampu untuk menerjah ke dalam jaring.
Harimau Malaya bernasib baik tidak bermain dengan 10 orang pemain, apabila Razman Roslan dengan sengaja memijak Ali Afif sewaktu pertembungan mereka berdua pada minit ke-30 yang kebetulan referee tak sedar. Bagaimanapun, ini tidak menjejaskan rentak Qatar yang membuat percubaan merbahaya menjelang 5 minit menuju ke masa rehat. Buat kali ketiga, Abdelkarim Hassan telah berjaya mengatasi Mahali Jasuli dan memberikan hantaran cantik untuk Ali Afif melakukan percubaan. Namun, sekali lagi Khairul Fahmi dengan cekap menyelamatkan gawang untuk mengekalkan kedudukan seri sehingga tamat separuh masa pertama.
Khalfan Ibrahim hampir sahaja memecah kebuntuan menjelang minit ke-60. Kehadiran Alex yang masuk lewat permainan gagal menyekat penguasaan permainan dari pemain ini. Cubaan Khalfan Ibrahim dari jarak 18 meter yang diperhatikan sahaja oleh pertahanan Malaysia sekadar menggegarkan palang sewaktu Khairul Fahmi dilihat sudah pun tertewas.
Tipikal perangai skuad Harimau Malaya, percubaan berkenaan gagal dilihat sebagai tanda amaran dari Qatar apabila 2 minit kemudian, Malaysia sudah pun ketinggalan jaringan. Gol yang dihasilkan hampir serupa keadaannya seperti yang diboloskan sewaktu perlawanan menentang Bahrain Jumaat lalu. Bola yang dilorongkan oleh Khalfan Ibrahim melintasi garis pertahanan Malaysia. Amiridzwan Taj gagal mengawal Sebastian Soria dengan kemas lalu membolehkannya membuat chip kepada Al-Ali untuk menjaringkan gol.
Qatar yang sepatutnya sudah pun layak ke peringkat akhir Piala Asia, dilihat lebih ghairah daripada Harimau Malaya untuk memburu lebih banyak jaringan selepas gol pertama itu tadi. Khairul Fahmi sekali lagi dipaksa bekerja keras apabila berjaya menampan percubaan rendah yang merbahaya dari Khalfan Ibrahim pada minit ke-74.
Walaupun telah diberikan 10 sepakan sudut, Harimau Malaya gagal mengkucar-kacirkan pertahanan Qatar. Peluang terbaik terhidang sewaktu separuh masa kedua apabila hantaran lintang dari Nazmi Faiz kepada Norshahrul Idlan gagal disudahkan dengan baik. Hakikatnya, Harimau Malaya pada perlawanan malam tadi dilihat sudah ketandusan idea mencari jaringan dan seterusnya membawa kepada satu lagi kekalahan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 ini.
Dah la kalah, gol pun takda.
Ini membawa kepada persoalan K Rajagobal dan pihak pengurusan tertinggi Persatuan Kena Sepak Malaysia (FAM) tentang, bila nak letak jawatannya?
Melalui jumlah kehadiran penyokong hanya sekitar 3,000 orang di dalam stadium berkapasiti 80,000 tempat duduk untuk perlawanan semalam, telah memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana tahap keyakinan penyokong terhadap skuad Harimau Malaya pada waktu ini.
pergh…panjang molek ulasan ni bro! kemah!
gitulah sudahnya…walaupun nmpak macam bagus sikit kalau nak banding masa lawan bahrain, tp masih ttp tak cukup…amat tak cukup utk menang…penyudah mmg totally fail…sayang, bola crossing nazrin nawi ke dalam kotak penalti…kalau mat yo dapat tap sikit pun jadilah..
sudahnya, ada satu game lagi..harap menang dan kita jadi 3 yg terbaik utk layak
Selagi tak tukar kepimpinan FAM tu, selagi tu la bola sepak Malaysia ni kekal bangang. Haha.
entah bila gamaknya kita paling tidak pun, boleh lepas level asia tenggara ni…huuuuuuh
Kalau tengok perfomance kat Asia Tenggara, sekarang ni Vietnam tengah perform. Tak lama lagi, kalau berterusan main macam ni, nak lepas level Asia Tenggara pun seksa beb.
Aku tengok pass asik fail je, geram jg tgok padahal semua player hebat tu..
Chemistry antara pemain aku rasa kurang la antara diorang tu. Jangankan nak baca pergerakan lawan, pergerakan sesama pasukan sendiri pun susah nak baca.
setuju sangatlah..tgk berapa kali cross kunalan entah ke mana, safee lari ikut laluan mana…
ko passing, aku dah terlajak…aku passing..ko plak tang mana duduknya…hoho
cuma, mmg nmpak ada sikit bagus berbanding masa lawan bahrain, tp tak cukup sbb aku rasa mmg boleh makan qatar kalau main betul2 main
Pe’el player Malaysia ni time hantar bola ke atas pesen bola gila babi punya laju. Mampus kawan tu nak kejar. Usain Bolt pun boleh pancit kejar bola macam tu.
tak tengok jadi tak tahulah nak komen apa-apa …kalau kurnag baikilah supaya lebih maju kedepan.
Harap pengurusan bolasepak Malaysia nampak kelemahannya sebagaimana kita semua nampak. Hmmm..
isk…cik akak kalau dah cam tu…
bagus cik akak tak yah sokong..hihi….
tapi tetap minat nazmi faiz…hihi…
cik akak datang menabung semua nuffnang nie..:)
Mentang si Nazmi tu muka jambu terus bertambah fan Harimau Malaya. Haha. Tapi elok jugak, sebab lagi ramai, lagi meriah suasana sokongan bola sepak Malaysia ni.
Thanks sebab sudi menabung untuk saya 🙂
Aku pun dah xlarat nak hentam pasal FAM dah.
Cuma yang pelik kat Malaysia ni kena tunggu sampai habis kontrak jurulatih. Kat negara lain dah lama kena pecat. Itulah ‘kebijaksanaan’ FAM
Sekian. Ada masa masuk lah blog aku pasal analisis sukan dunia http://kafeque.blogspot.com/ :>)
Takpe, kita peminat bola sepak Malaysia bebas untuk menghentam FAM. FAM mana ada kuasa nak pecat peminat. Haha.
Ok, jap lagi aku pergi terjah blog.
Cemana boleh miss game nih semalam… Ada hikmah jugak miss tengok game nih. Kalau tak, akan ada ulasan mengecewakan macam bro… Huhu
Game macam semalam tu, tak payah tengok pun takpe. Haha
aiza tak tengok pun.. sebab aiza tak minat sangat sukan bola sepak.. hehe.. ramai orang yang puas hati dengan k rajagopal tu..
p.s: entri baru ni tak masuk dalam feed bloglist aiza.. kenapa ya?
Pasal feed ni pun, saya tengok macam ada something wrong. Tak sure problem dari blogspot or coding saya. Tengok feed blogger lain, elok je keluarnya. Still tengah troubleshoot lagi.
😀 Idah tak minat sangat bola… nonton perlawanan bola kat tv pun… ermm hanya kalau malaysia lawan dengan negara2 yang macam indon ker.. singapura ker.. tu jer 😀 … so tak tau nak komen aper.. hik3x..
Malaysia ni pun, biasa lawan yang dekat-dekat dengan negara jiran macam Singapore & Indon je. Jarang pergi lawan dengan negara yang betul-betul power. Hehe
salam…. sy blogwalking dari http://arenamuslimah.blogspot.com
awak boleh jadi pengulas sukan ni.. hehhee…
Pengulas sukan yang tak bertauliah. Hehe. Ok, nanti saya akan terjah ke blog Nor Arena.
Wah panjang lebar ulasannya..
Kasihnya saya terhadap bola sepak Malaysia membuatkan saya sanggup menulis entri yang panjang sebegini.
niesa yg tgk mlm td pn rasa mcm kaki niesa je yg menendang2..stresss..pecat je la dia tu..hehe
Kita penonton yang tengok ni pulak yang rasa geram. Player, coach sampai la ke management boleh buat rilek macam takda apa yang berlaku. Gila betul bola Malaysia ni.
Kakak pulak tak nak komen pasal permainan sebab kakak bukan pandai pun. Tapi bab tiket menonton tu pihak yg duduk di atas tu kenalah ambil perhatian… Eh KJ tak nak involve hal ini ke?
KJ menteri boleh sound2 jer..takleh campur lebih2…nanti langgar undang2 FIFA…hehe…
Salam kenal..
Erm semalam sempat tengok kapten dia yang tinggi tegap tu jer compare ngan player Malaysia yang paras dada dia jer hehehe yang lain tak reti nak comment sbb tak reti ekekeke
Suka tgk emoticon tu tapi tak reti nak insert..huhu
Nak masukkan emoticon ni just click pada emoticon, nanti akan muncul kod dia. Kat dalam komen, kod emoticon akan automatic diconvertkan. Contoh, macam taip : d akan keluar emoticon macam ni :d
Corak permainan teruk. Safee macam dah tak nak main Malaysia. Hm nak komen lebih takut emo plak…harap dapat coach baru je 🙂
http://www.suterablogger.com/2013/11/acq-bakal-ke-bayern-munich-punca-malaysia-kalah-kepada-qatar-1-0/
Management bola tu pun patut tukar dengan baru jugak. Coach dengan player dah tukar berpuluh kali, management FAM tu je yang tak pernah bertukar.
hehehe KA x follow bola2 ni.. apapun done nuffnang yer
Tengkiu 🙂 hehehe
Harap2 ini menjadi satu kebaikan pada kita agar permasalahan bolasepak dipandang dgn lebih serius.. pengurusan mmg patut di rombak.. 😀
bola sepak Malaysia nii mmg x lehh gi jauhh ponn so senang ajaa boikot ajaaa Jgn tgk bola duit tikett yg mahal tuu bwk gii makan lgii bessttt
sbb byk kaki ANGGUK dlm FAM niihh masing masing nk jaga periuk nasii masing2 bukn Negara!!!!!
x tau nak ckp ada dah psl FAM nih. mmg bangang abadi…