Utama Teknologi Bitcoin Nilai Bitcoin berada di paras terendah dalam tempoh 6 bulan

Nilai Bitcoin berada di paras terendah dalam tempoh 6 bulan

417
0

Nilai Bitcoin pada hari ini mencatatkan 1 Bitcoin = RM126,689, seterusnya menjadi paras terendah dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Kemerosotan ini telah disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku terhadap aktiviti kriptowang global sejak kebelakangan ini. Antaranya langkah penguatkuasaan yang lebih ketat oleh kerajaan China terhadap aktiviti perlombongan kripto yang berleluasa di sana.

Kerajaan China juga menguatkuasakan akta yang melarang institusi kewangannya dari menyediakan perkhidmatan berkaitan transaksi kriptowang. Serta memberi amaran kepada pelabur supaya tidak menjalankan perdagangan spekulatif melibatkan kriptowang.

Tindakan beberapa buah negara yang melaksanakan undang-undang baharu berkaitan kriptowang turut menjadi antara penyebab kepada pengurangan permintaan kriptowang.

Setakat ini tidak diketahui sama ada nilai Bitcoin ini akan kembali melonjak kembali seperti yang berlaku pada sekitar April lalu atau tidak. Sebelum ini nilai Bitcoin pernah mencapai ke paras seperti yang dicatatkan sekarang ini pada Januari lalu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.