Utama Android Huawei Huawei MatePad 11 akan ke pasaran Malaysia 27 Julai ini

Huawei MatePad 11 akan ke pasaran Malaysia 27 Julai ini

50
0

Huawei baru-baru ini telah mengumumkan Huawei MatePad 11 akan mula memasuki ke pasaran Malaysia pada 27 juali ini. MatePad 11 merupakan tablet pertama dari Huawei yang menawarkan paparan 120Hz dan menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.

Tablet ini turut menyediakan pengalaman kepenggunaan yang mantap apabila digunakan bersama-sama pena stylus Huawei M-Pencil dan aplikasi menyalin nota.

Huawei MatePad 11 merupakan tablet pertama dari Huawei yang menyediakan kadar penyegaran semula adaptif 120Hz, tertinggi jika dibandingkan dengan tablet Huawei lain di pasaran.

Fungsi berbilang paparan pula membolehkan anda melakukan dua tugasan secara serentak, serta memindahkan fail secara seret dan letak antara kedua-dua paparan.

Anda juga boleh ‘mencerminkan’ (mirror) paparan Huawei MateBook ke Huawei MatePad 11 dan seterusnya mengawal melalui Huawei M-Pencil.

Mod kolaborasi (collaboration mode) ini memudahkan pengguna memindahkan kandungan seperti teks, imej, dan dokumen di antara peranti-peranti yang berhubungan dengan cara seret dan letak (drag and drop). Selain itu, Huawei MatePad 11 juga menyokong papan kekunci dan tetikus.

Untuk spesifikasinya, Huawei MatePad 11 menyediakan paparan bersaiz 11-inci TFT LCD (IPS) LCD dengan resolusi 2560 x 1600 (WQXGA). Tablet ini juga dikuasakan oleh cipset Snapdragon 865 bersama-sama bateri berkapasiti 7,250mAh. Kamera juga disediakan pada sebelah hadapan dan belakangnya dengan masing-masing 8MP dan 13MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.