Apabila anda ingin memasang atau menaik taraf Windows 10, anda perlukan media pemasangan Windows 10 dalam bentuk pemacu USB boleh-boot (bootable) atau DVD. Alatan seperti Windows 10 Media Creation Tool membolehkan anda membolehkan anda mewujudkan sebuah pemacu pemasangan USB (installation USB drive). Ia juga boleh digunakan untuk memuat turun fail ISO untuk anda ‘burn’kannya ke DVD bagi memasang sistem operasi Windows berkenaan ke PC lain.
Windows 10 Media Creation Tool merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk menaiktaraf atau memasang Windows 10 pada sesebuah komputer. Artikel ini menyediakan panduan penggunaan alatan tersebut.
Apa itu Windows 10 Media Creation Tool
Windows 10 Media Creation Tool merupakan sebuah perisian utiliti percuma yang dibangunkan oleh Microsoft. Melaluinya, anda boleh menaik taraf sistem operasi Windows anda ke versi terkini dan juga untuk mewujudkan pemacu pemasangan Windows 10 dlaam bentuk USB atau DVD.
Menaiktaraf PC menggunakan Windows 10 Media Creation Tool
Windows Media Creation Tool juga boleh digunakan untuk menaik taraf PC anda ke versi Windows terkini. Ini kerana sesetengah pengguna mengalami masalah untuk menaik taraf melalui kemaskini yang dimuat turun seperti ralat kemaskini 0x8007007e yang menyebabkan Windows 10 gagal untuk dinaik taraf.
Untuk perkara sebegini, anda dinasihatkan untuk menaik taraf Windows 10 menggunakan Windows 10 Media Creation Tool. Melalui perisian ini, anda boleh menaik taraf PC anda ke Windows 10 versi terkini. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
Pastikan PC anda memenuhi spesifikasi minima yang diperlukan untuk pemasangan sistem operasi Windows 10.
Langkah-Langkah
- Muat turun Windows 10 Media Creation Tool dari laman web rasmi Microsoft.
- Jalankan perisian Media Creation Tool tersebut dan anda perlu menjalankannya sebagai ‘administrator’.
- Pada halaman yang dipaparkan, pilih Accept.
- Tunggu sebentar dengan penuh kesabaran bagi membolehkan Media Creation Tool menyediakan keperluannya. Klik ‘Next’ apabila sudah disediakan.
- Pada halaman ‘What do you want to do‘, pilih ‘Upgrade this PC now,dan kemudian klik Next.
- Seterusnya, Media Creation Tool akan memuat turun fail-fail yang diperlukan untuk kemaskini dan akan membuat pemeriksaan terhadap komputer anda. Proses ini akan memakan masa dan bergantung kepada tahap ‘kesihatan’ semasa komputer ini. Kesabaran anda dalam menunggu amatlah dianjurkan.
- Baca terma dan syarat perlesenan yang tertera (kalau rajin) dan klik ‘Accept‘.
- Tunggu sehingga Media Creation Tool selesai membuat semakan ‘updates’.
- Media Creation Tool Windows 10 akan membuat semakan sekali lagi bagi memastikan anda sudah bersedia untuk membuat pemasangan.
- Pada halaman berikutnya, anda akan ditunjukkan dengan apa yang telah dipilih oleh anda dan apa yang anda pilih untuk disimpan selepas naik taraf dibuat. Pilih ‘Change what to keep’ untuk membuat pilihan apa yang ingin disimpan.
- Pilih sama ada Keep personal files and apps (simpan fail peribadi dan aplikasi), Keep personal files only (simpan fail peribadi sahaja), atau keep Nothing (tidak menyimpan apa-apa) ketika menaik taraf. Selepas membuat pilihan, klik ‘Next‘ untuk pergi ke proses berikutnya.
- Tutup segala aplikasi yang sedang dijalankan dan apabila telah bersedia, tekan ‘Install‘. Ketika proses pemasangan sedang dilakukan, PC anda akan ‘restart’ beberapa kali. Pastikan anda tidak mematikan PC anda.
Diharapkan panduan menaik taraf PC Windows 10 dengan menggunakan Media Creation Tool ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membaiki masalah-masalah yang berkaitan dengan kemaskini Windows 10.