Utama Mobile Aplikasi MyTrace, Aplikasi COVID-19 kedua oleh Kerajaan Malaysia

MyTrace, Aplikasi COVID-19 kedua oleh Kerajaan Malaysia

753
0

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan Malaysia sedang mengusahakan sebuah lagi aplikasi mudah alih untuk penjejakan kontak COVID-19. Aplikasi terbaru yang dikenali sebagai MyTrace ini akan digunakan bersama-sama aplikasi MySejahtera.

Dalam satu hantarannya di Twitter, beliau turut menjelaskan MyTrace direka bagi melaksanakan penjejakan kontak. Fungsi ini amat berguna terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat kelak. Selain itu, aplikasi MySejahtera juga boleh digunakan untuk memantau tahap kesihatan pengguna yang dikuarantin.

Dibangunkan menggunakan rangka kerja React Native, aplikasi berasaskan Bluetooth ini dibangunkan oleh tenaga tempatan yang turut melibatkan pakar-pakar dari Google Malaysia.  Pihak kerajaan juga merancang untuk menerbitkan kod aplikasi berkenaan sebagai sumber terbuka, tambah beliau lagi.

Aplikasi MyTrace versi beta dijangka akan tersedia dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan memasuki gedung Google Play dan juga Apple App Store.

Artikel sebelum iniMaxis tawarkan rebat naik taraf kepada Pelanggan Fibre 30Mbps dan 100Mbps terpilih
Artikel seterusnyaiPhone SE Generasi Ke-2 dilancarkan; Harga di Malaysia bermula dari RM1,999
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.