Utama Telco Maxis Maxis tawarkan rebat naik taraf kepada Pelanggan Fibre 30Mbps dan 100Mbps terpilih

Maxis tawarkan rebat naik taraf kepada Pelanggan Fibre 30Mbps dan 100Mbps terpilih

789
0

Mxis baru-baru ini mempromosikan tawaran rebat kepada para pelanggan Maxis Fibre yang memilih untuk menaik taraf pelan mereka.

Bagaimanapun, promosi ini hanya dibuka untuk pelanggan-pelanggan 30Mbps dan 100Mbps terpilih.

Pelanggan-pelanggan yang terpilih akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan untuk akaun masing-masing.

Sebelum anda bersetuju untuk menaik taraf melalui pautan “Upgrade Me Today” di dalam emel yang diterima, beberapa perkara perlu anda ambil perhatian sebelum membuat keputusan menaik taraf. Iaitu;

  • Naik taraf ‘percuma’ ini hadir dalam bentuk rebat RM40 yang akan dimasukkan pada bil bulan berikutnya untuk pelanggan pakej 30Mbps sedia ada yang ingin menaik taraf ke 100Mbps menerusi promosi ini.
  • Bagaimanapun, rebat ini hanya terpakai untuk satu bulan sahaja. Oleh itu, jika anda bersetuju untuk menaik taraf pada bulan ini, bil anda pada Mei 2020 masih lagi kekal RM89. Tetapi, untuk bulan Jun dan yang berikutnya, bil anda akan menjadi RM129 sebulan.
  • Jika anda bersetuju untuk menaik taraf melalu promosi ini, anda perlu kekal dengan kelajuan 100Mbps untuk sekurang-kurangnya sebulan. Anda boleh memilih untuk menurun taraf kembali ke 30Mbps dan bil bulanan yang lebih rendah hanya bermula dari bulan Jun.
  • Untuk pelanggan 100Mbps pula, anda akan ditawarkan dengan naik taraf 300Mbps dan rebat RM20 akan dimasukkan untuk dua bulan berikutnya. Ini bermakna, anda akan terus membayar bil RM129 sebulan pada Mei dan Jun, tetapi perlu membayar RM149 sebulan untuk bulan Julai dan yang seterusnya.
  • Jika anda ingin berpatah balik ke kelajuan 100Mbps dan bayaran bil bulanan RM129, anda hanya dapat melakukannya pada Julai.

Bagi anda yang terpilih untuk promosi ini, terlebih dahulu anda dinasihatkan supaya meneliti dokumen terma dan syarat berkenaan naik taraf ini.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.