Utama Teknologi GovTech MyJPJ kini menyokong Pembayaran menggunakan FPX

MyJPJ kini menyokong Pembayaran menggunakan FPX

147
0

Jabatan Pengangnkutan Jalan (JPJ telah mengumumkan aplikasi mudah alihnya, MyJPJ kini menyokongan Proses Pertukaran Kewangan (Financial Process Exchange, FPX). Penambahan ini merupakan kaedah pembayaran yang terkini selepas sokongan kad debit dan kredit disediakan bagi transaksi dalam talian.

Ini bermakna, anda kini boleh memperbaharui cukai jalan (e-LKM) dan lesen memandu (e-LMM) dengan membuat pembayaran perbankan dalam talian melalui FPX. Ketika membuat pembayaran, aplikasi berkenaan akan membenarkan pengguna memilih bank dan akaun masing-masing untuk proses tersebut.

Kemaskini baharu untuk aplikasi berkenaan juga menyediakan kemudahan menyimpan maklumat kad debit dan kredit pengguna untuk kegunaan transaksi seterusnya. Sebelum ini pengguna perlu memasukkan maklumat secara manual kad-kad berkenaan bagi setiap transaksi.

Ciri-cir baharu di dalam aplikasi MyJPJ ini boleh didapati dengan mengemaskininya mengikut platform pengguna melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.