Utama Teknologi GovTech MyDigital ID tidak diperlukan untuk log masuk ke Aplikasi MyJPJ -Menteri Pengangkutan

MyDigital ID tidak diperlukan untuk log masuk ke Aplikasi MyJPJ -Menteri Pengangkutan

266
0

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mewajibkan keperluan melog masuk MyDigital ID untuk menggunakan perkhidmatan di dalam aplikasi MyJPJ. Beliau bercakap kepada pemberita ketika sidang media awal hari ini.

Beliau menjelaskan pihak kementerian tidak memutuskan untuk melaksanakan perubahan tersebut dengan menambah notis yang dipaparkan pada aplikasi tersebut bukan pengumuman rasmi.

“Maklumat yang disalurkan melalui ‘pop-up’ MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai.

“Saya lihat bahawa dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut),” katanya sambil menambah MyJPJ ketika ini mempunyai 10.5 juta pengguna.

Menteri berkenaan juga menyatakan tarikh akhir 10 Oktober seperti yang dinyatakan tersebut telah pun dibatalkan dan pengguna boleh mengakses aplikasi MyJPJ seperti biasa.

Tambah beliau lagi, pihak kementerian sentiasa menyokong penggunaan MyDigital ID, namun proses integrasi dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara ‘back-end’.

“Kita telahpun mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai ‘log in’ kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah. Ia supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pihak pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara ‘back-end’.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.