KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2024 – HONOR menawarkan pelarasan harga bagi peranti flagship HONOR Magic6 Pro dan Siri HONOR 200, serta telefon pintar mesra bajet HONOR X6b kepada pengguna di Malaysia.
Dengan harga runcit baharu ini, pembeli boleh lebih berjimat dan berpeluang memiliki peranti-peranti tersebut yang telah dilancarkan tahun ini pada harga rendah. Pelarasan harga ini bermula pada 1 Oktober 2024 di semua kedai HONOR Stores, laman sesawang HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar-pengedar sah.
HONOR Magic6 Pro mengetengahkan kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna yang dikuasakan AI kini berharga RM3,999, potongan RM500 daripada harga asal. Peranti flagship ini didatangi dengan storan 12GB RAM+512GB dan tersedia dalam warna Epi Green dan Black.
Siri HONOR 200 yang dikenali dengan keupayaan fotografi potret dikuasakan AI hebat ini dilancarkan di Malaysia pada Jun lalu. HONOR 200 Pro yang mempunyai storan 12GB RAM+512GB kini berharga RM2,499 berbanding RM2,699 sebelum ini. Telefon ini boleh didapati dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White.
HONOR 200 pula datang dalam dua konfigurasi, iaitu storan 12GB RAM+512GB kini berharga RM1,999 (sebelum ini RM2,199), dan storan 12GB+256GB berharga RM1,699 (sebelum ini RM1,899). Kedua-dua model ini tersedia dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.
HONOR X6b dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, storan besar dan Kamera Ultra-jelas 50MP, kini dijual pada harga RM499 dari harga asal RM599. Telefon ini didatangkan dengan 12GB RAM (termasuk 6GB HONOR RAM Turbo) dan storan 256GB. Ianya boleh didapati dalam warna Forest Green dan Midnight Black.
HONOR Magic6 Pro
HONOR Magic6 Pro telah menerima maklum balas yang memberangsangkan diperingkat global dan habis dijual semasa promosi awal di Malaysia meskipun belum dilancarkan secara rasmi pada ketika itu. Berikut adalah empat sebab untuk memiliki HONOR Magic6 Pro:
Sistem Kamera 180MP Tele-Falcon – Menangkap gambar lebih jelas dari jauh
HONOR Magic6 Pro menampilkan Kamera Tele-falcon 180MP untuk menangkap gambar dari jauh dengan jelas. Ia turut dipadankan dengan Kamera Utama 50MP Super Dynamic Falcon dan Kamera Ultra-lebar 50MP menjadikan HONOR Magic6 Pro peranti ideal untuk merakamkan gambar sukan dan pemandangan dinamik yang berkualiti tinggi.
HONOR NanoCrystal Shield – Kalis jatuh 10X kali ganda
Mengenai ketahanan, skrin HONOR Magic6 Pro diperkuatkan dengan HONOR NanoCrystal Shield, menjadikannya lebih kukuh dan kalis jatuh 10 kali ganda berbanding kaca biasa. Skrin paparannya juga telah mendapat pengiktirafan oleh SGS dengan pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability Certification dalam pelbagai situasi.
Bateri Karbon Silikon HONOR 2.0 – Hayat bateri lebih lama walaupun dalam keadaan yang ekstrem
HONOR Magic6 Pro menawarkan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh yang berkuasa dan disokong oleh pengecasan berwayar 80W HONOR Wired SuperCharge untuk kegunaan sepanjang hari.
MagicOS 8.0 Mengenali anda lebih baik, melayani anda lebih baik
Dikuasakan oleh platform Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform dan beroperasi dengan MagicOs 8.0, HONOR Magic6 Pro memberikan prestasi luar biasa dengan kesambungan yang diperhebatkan oleh AI yang boleh memahami bahasa, imej, dan Gerakan bagi memahami keperluan pengguna.
Magic Portal pula membantu meringkaskan lagi tugasan harian yang membolehkan pengguna silih bertukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dan peranti secara lancar dengan seretan mudah. Magic Capsule pula melengkapkan kecekapan dengan membolehkan pengguna untuk mengakses maklumat tambahan secara pantas daripada banner notifikasi tanpa perlu membuka membuka banyak aplikasi.
Siri HONOR 200
Siri HONOR 200, peranti Flagship Estetik AI menampilkan AI Portrait Engine termaju yang dicipta bersama Studio Harcourt terkemuka dari Paris, bagi memberikan hasil imej berkualiti studio menakjubkan. Kedua-dua telefon ini dilengkapi dengan Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 50MP dan sensor Sony IMX856 bagi menangkap imej menarik dengan perincian luar biasa. Untuk mengambil gambar yang lebih stabil dan jelas, kedua-dua peranti ini didatangkan dengan Dual OIS (OIS+EIS). HONOR 200 Pro menggunakan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala HONOR 200 menampilkan sensor Sony IMX906.
Sebagai telefon siri Number pertama yang menampilkan Magic AI Experience, Siri HONOR 200 menawarkan rangkaian ciri pintar yang dikuasakan AI seperti Magic Portal, Magic Capsule, AI Air Gestures, AI Group Photo Enhance, AI Eraser, dan Bokeh Adjustment. HONOR 200 Pro memiliki dua ciri tambahan Magic AI iaitu AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing Capture.
HONOR 200 Pro menampilkan prosesor Snapdragon 8s Gen 3 dan cip HONOR C1 + RF Enhanced Chipset, manakala model HONOR 200 dijana oleh Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua peranti ini dikuasakan oleh bateri 5,200mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Selain itu, HONOR 200 Pro menyokong pengecasan tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge. Selain itu, paparan kedua-dua telefon ini telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display dan pensijilan Full Care Display Certifications.
HONOR X6b
HONOR X6b didatangi bateri 5,200mAh yang besar dan pengecasan HONOR SuperCharge 35W untuk kegunaan sepanjang hari. Untuk fotografi, telefon ini memiliki kamera AI ultra-jelas 50MP dan Kamera Kedalaman 2MP untuk menangkap gambar menawan. Telefon ini juga mempunyai kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 780 nits. HONOR X6b ini dikuasakan oleh cipset Mediatek Helio G85 dengan ciri-ciri AI seperti Magic Capsule dan Magic Lock Screen. Dari segi ketahanan, HONOR X6b mempunyai pensijilan 5 Star Overall Drop Resistance oleh SGS Switzerland untuk kekal berfungsi walaupun mengalami banyak kali jatuhan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/