Utama Teknologi GovTech Aplikasi MyJPJ wajibkan MyDigital ID untuk Log Masuk bermula 10 Oktober

Aplikasi MyJPJ wajibkan MyDigital ID untuk Log Masuk bermula 10 Oktober

284
0

Kemaskini terkini aplikasi MyJPJ baru-baru ini telah memaklumkan kepada pengguna-penggunanya mengenai pelaksanaan mewajibkan log masuk menggunakan MyDigital ID. Ini bermakna pengguna perlu mempunyai akaun di dalam platform ID digital tersebut untuk melog masuk menggunakan aplikasi berkenaan.

MyDigital ID telah diperkenalkan pada awal tahun ini sebagai sistem pengesahan digital bersepadu untuk pelbagai platform-platform kerajaan. Anda boleh mendaftar melalui kiosk-kiosk yang disediakan di seluruh negara atau menerusi aplikasi mudah alih. Untuk mendaftar, anda perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang MyKad anda.

Menurut pengumuman tersebut, peraturan yang diwajibkan tersebut akan dilaksanakan bermula dari 10 Oktober 2024. Aplikasi MyJPJ digunakan bagi mengakses ke lesen memandu dan cukai jalan dalam bentuk digital serta untuk tujuan pembaharuan kedua-dua lesen tersebut.

Ketika melancarkan platform MyDigital ID, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah menyatakan ia akan diperluaskan ke lebih banyak perkhidmatan kerajaan tidak lama lagi. Beberapa aplikasi kerajaan seperti MySejahtera dan HRMIS Mobile telah pun melaksanakan log masuk melalui MyDigital ID.

Anda yang berhasrat membuat pendaftaran MyDigital ID juga boleh melakukannya di kiosk-kiosk MyDigital ID berhampiran anda termasuk di premis-premis Tea Live yang terpilih.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.