Pelayar yang antara paling kurang digemari oleh pengguna, Microsoft Edge kini telah muncul dalam bentuk baru yang berasaskan Chrome. Fail pemasangannnya (.exe) didapati telah tertiris melalui bbs.pcbeta.com.

Melalui laman berkenaan, pautan muat turun ke pelayar berasaskan Chromium berkenaan ditawarkan dalam versi 75.0.107.0.

Pelayar berkenaan dijangka akan hadir ke pengujian peringkat Insider dalam tempoh beberapa mingu sahaja lagi dan seterusnya akan hadir ke Windows 7, Windows 8, Windows 10 dan juga MacOS. Apa yang menariknya, selain dari memiliki pemalam Edge, pelayar tersebut juga menyokong pemalam Google Chrome yang boleh diperoleh melalui stornya.

Microsoft juga telah banyak menyumbang dalam pembangunan enjin Chrome dan kita bakal melihat sebuah pelayar seperti Google dengan ‘perisa’ Microsoft. Mungkin antaranya sokongan untuk input pen dan pilihan kebolecapaian yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memuat turun fail pemasangan pelayar berkenaan. Penggunaan mesin maya (virtual machine) untuk menguji fail berkenaan adalah digalakkan.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.