Home Mobile Aplikasi ePenjana: Kredit Percuma RM50 tidak boleh digunakan bagi Pembelian Atas Talian

ePenjana: Kredit Percuma RM50 tidak boleh digunakan bagi Pembelian Atas Talian

9
0

ePenjana merupakan sebahagian dari usaha pihak kerajaan meningkatkan ekonomi negara dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lepas. Inisiatif ini melibatkan pemberian kredit e-dompet RM50 secara percuma kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini telah memaklumkan pemberian kredit ePenjana bakal dilaksanakan penghujung bulan ini. Namun, perincian mengenainya tidak dinyatakan selanjutnya di dalam kenyataan beliau yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Laman portal teknologi Amanz baru-baru ini telah melaporkan Boost merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang terlibat di dalam inisiatif ini. Perincian mengenai kaedah penggunaannya dikongsikan melalui halaman soalan lazim Boost.

Penggunaan kredit percuma berkenaan bagaimanapun terhad untuk urus niaga secara fizikal sahaja. Menurut Boost kredit ePenjana tidak boleh digunakan bagi tujuan

  • urus niaga atas-talian atau berasaskan internet
  • tol
  • pembelian dalam aplikasi (wayang, penerbangan dan sebagainya)
  • bayaran bil dan utiliti
  • bayaran teksi dan seru-pandu
  • bayaran mana-mana perkhidmatan kerajaan

Selain Boost, perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go turut dikatakan turut serta di dalam inisiatif ePenjana. Dijangkakan, penyedia-penyedia perkhidmatan lain bakal menyusul dengan maklumat terkini dalam masa terdekat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.