Utama Perisian Microsoft Windows 10 hanya Percuma untuk di naik taraf dalam tempoh Setahun

Microsoft Windows 10 hanya Percuma untuk di naik taraf dalam tempoh Setahun

771
0

Microsoft tidak berapa lama dahulu ada menyatakan bahawa pengguna-pengguna sistem operasi Windows 7 dan Windows 8 yang sedia ada bakal menerima naik taraf ke Windows 10 secara percuma. Itupun jika pengguna melakukannya dalam tempoh satu tahun selepas pelancarannya.

Bagaimanapun, jika pengguna berhasrat untuk menangguhkan kerja-kerja penaiktarafan sistem operasi komputer masing-masing hingga lebih tempoh dari satu tahun, pengguna akan dikenakan bayaran.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pemasaran produk Rakan Rangkaian Microsoft Australia (Microsoft’s Australian Partner Network), Alex Snelson;

Microsoft will offer a free upgrade to Windows 10 for qualified Windows 7, Windows 8 and Windows Phone 8.1 devices in the first year. After the first year, upgrades will be paid via boxed product and VL (Volume Licensing) Upgrades. (Microsoft akan menawarkan naik taraf percuma ke Windows 10 untuk peranti-peranti Windows 7, Windows 8 dan Windows Phone 8.1 yang layak pada tahun pertama. Selepas tahun pertama, sebarang naik taraf perlu dibayar sama ada melalui produk fizikal atau secara volume licensing)”

Microsoft Windows 10 dijangka hadir pertengahan tahun 2015 (sekitar Jun-Julai) dan pada tempoh setahun selepas itu, pengguna Microsoft Windows tulen sedia ada dibenarkan untuk menaiktaraf secara percuma. Bagaimanapun, pengguna sistem operasi komputer tersebut yang menggunakan versi cetak rompak tidak akan mendapat manfaat ini.

Anda yang berminat untuk mencuba “test drive” Microsoft Windows 10 versi Preview yang boleh dimuat turun secara percuma ketika ini. Versi Preview ini kelak akan dinaiktaraf ke versi penuh (RTM) apabila Microsoft mengumumkannya ke pasaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.