Home Komputer Microsoft tawarkan rupa bentuk antara muka Office baru yang lebih segar

Microsoft tawarkan rupa bentuk antara muka Office baru yang lebih segar

1727
0

Microsoft hari ini telah mengumumkan akan membawakan reka bentuk antara muka yang baru pada set perisian Office. Antaranya termasuklah Word, Excel, Power Point dan Outlook. Antara muka terbaru ini sejajar dengan penerapan nilai Fluent Design System yang telah diperkenalkan oleh Microsoft sejak tahun lepas pada aplikasi atas talian Office.com.

Selain dari memperkenalkan penggunaan Fluent Design – yang merupakan jawapan kepada Material Design oleh Google – Microsoft turut membawakan tiga perubahan utama dari segi rekabentuk aplikasi-aplikasi Office versi terbaru ini.

Paling ketara adalah pada penambahbaikan pada paparan Ribbon yang akan menjadi lebih ringkas dan lebih cantik. Cuma untuk kali ini, Microsoft mengambil langkah berhati-hati dalam membuat perubahan agar ianya tidak mengganggu kelaziman pengguna.

Justeru, pihak Microsoft hanya menyediakan fungsi ini pada Word versi web sahaja buat masa ini. Manakala peserta program Microsoft Office Insider pula berpeluang merasai fungsi terbaru ini pada Outlook untuk Windows Julai nanti.

Perubahan lain yang terdapat Microsoft Office versi terkini ini adalah pada visualnya seperti set warna dan ikon terbaru.

Tidak ketinggalan, fungsi carian turut diperkasakan dengan penggunaan teknologi yang digelar Microsoft sebagai ‘zero query search’ (carian kuiri sifar) yang menggabungkan keupayaan kecerdasan buatan (A.I.) dan Microsoft Graph. Bagi pengguna komersil, fungsi ini sudah boleh digunakan menerusi Office.com, SharePoint Online serta aplikasi mudah alih Outlook.

Imej dari Christophe Morin/IP3 /kl Getty Images

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.