Utama Microsoft Microsoft Game Pass curi tumpuan dalam acara E3 2021

Microsoft Game Pass curi tumpuan dalam acara E3 2021

454
0

Pertunjukan Xbox & Bethesda Games di E3 2021 lebih tertumpu pada satu perkara: Xbox Game Pass. Microsoft menyatakan 27 dari 30 judul yang diumumkan di dalam acara, termasuk lima dari Xbox Game Studios akan dilancarkan bersama-sama perkhidmatan langganan permainan Microsoft, Game Pass.

Empat daripadanya telah ditetapkan tarikh pelancarannya iaitu:

  • Sea of Thieves: A Pirate’s Life, 22 Jun 2021
  • Psychonauts 2, 25 Ogos 2021
  • Age of Empires IV, 28 Oktober 2021
  • Forza Horizon 5, 9 November 2021

Cuma Halo Infinite tidak diberikan tarikh spesifik pelancarannya dan hanya dinyatakan akan dilancarkan sekitar “Holiday 2021” sahaja.

Halo Infinite dikatakan akan dilancarkan sebagai permainan berbilang pemain dalam talian percuma dan ianya merupakan pertama seumpamanya di dalam siri ini. Menerusi treler yang ditayangkan, Halo Infinite akan menawarkan pelbagai mod permainan untuk senjata, kenderaan dan juga petanya.

Xbox Game Pass disasarkan akan menerima satu permainan baharu bagi setiap sebulan hingga hujung tahun ini. Antara yang ditawarkan kelak adalah Among Us, dan Hades.

Microsoft juga mendedahkan dua judul permainan baharu yang hanya eksklusif untuk konsol Xbox dan peranti Windows. Salah satunya ialah Redfall yang dibangunkan oleh Arkane Austin, salah satu cabang Arkane Studio yang sebelum ini membangunkan siri Dishonored dan Prey.

Kedua adalah Starfield, permainan lakon-peranan (role-playing) baharu dari Bethesda Game Studios yang dijadual akan diterbitkan pada 11 November 2022. Starfield akan menjadi permainan pertama yang dibangunkan oleh Bethesda selepas pengambilalihan oleh Microsoft pada September 2020 lalu. Ia juga merupakan judul baharu dari Bethesda yang lain dari siri Elder Scrolls dan Fallout.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.