Utama Android Samsung Samsung mungkin tangguh pelancaran Galaxy S21 FE berikutan masalah kekurangan komponen

Samsung mungkin tangguh pelancaran Galaxy S21 FE berikutan masalah kekurangan komponen

139
0

Samsung Electronics dilaporkan telah menghentikan pengeluaran salah satu telefon peringkat menengahnya berikutan masalah kekurangan bekalan cip.

Menurut akhbar Korea Selatan, Electronic Times melaporkan ini merupakan sebahagian dari petanda masalah bekalan semikonduktor global.

Versi yang lebih mesra bajet Galaxy S21 ini disasarkan akan dilancarka sekitar Ogos ini. Pemberhentian pengeluaran model telefon ini dikatakan berpunca dari kekurangan bekalan cipset Qualcomm, menurut sumber dalaman industri.

Masalah kekurangan bekalan semikonduktor global ini akan memberikan kesan besar terhadap pengeluaran peranti untuk beberapa tahun yang akan datang. Samsung turut dijangka akan menangguhkan pelancaran Galaxy S21 FE jika masalah bekalan ini tidak diselesaikan secepat mungkin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.