Home Mobile Android Oppo A73 2020 kini dibuka untuk Pra-Tempahan, Harga dari RM899

Oppo A73 2020 kini dibuka untuk Pra-Tempahan, Harga dari RM899

19
0

Oppo baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah terbarunya iaitu A73. Model ini dikenali juga sebagai Y5 Youth di beberapa pasaran rantau lain sejak dari 2017 dahulu.

A73 2020 ini dipasarkan sebagai F17 di India dan untuk pasaran di Malaysia, ianya ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Dynamic Orange dan Navy Blue.

Sesuai dengan kelasnya, A73 2020 menawarkan perkakasan yang sepadan dengan harganya. Ia dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 662, paparan 6.44-inci Full HD AMOLED dengan pengimbas cap jari terbina dalam, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian belakangnnya, telefon pintar ini menyediakan kamera utama 16MP bersama-sama kamera ultra lebar 8MP dan dua kamera monokrom 2MP. Dihadapanya tidak ketinggalan sebuah kamera swafoto 16MP yang ditempatkan pada takuk di paparannya.

Melengkapkan spesifikasinya, Oppo A73 2020 menyediakan bateri berkapasiti 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 30W.

Oppo A73 2020 ditawarkan pada harga RM899 dan kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 11 November menerusi laman rasmi Oppo Malaysia dan gedung Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.