Utama Komputer Microsoft tawar Muat Turun Percuma untuk lebih dari 240 judul eBook Teknikal

Microsoft tawar Muat Turun Percuma untuk lebih dari 240 judul eBook Teknikal

703
2

Blog Microsoft, MSDN sekali lagi menawarkan buku-buku rujukan teknikal secara percuma dan tawaran kali ini merupakan tawaran yang paling besar pernah ditawarkan untuk dimuat turun dengan percuma. Buku-buku teknikal berkaitan teknologi Microsoft ini tentu sahaja membantu golongan pelajar mahupun profesional IT seperti Juruteknik Komputer dalam memahami dan mempelajari selok-belok perkomputeran Microsoft.

Pengurus Jualan Cemerlang Kanan Microsoft, Encik Eric Ligman sebelum ini pernah memberikan 80 buah judul buku elektronik (ebook) teknikal berkenaan dan menambah lagi bilangan kepada 130 buah judul lagi pada tahun lepas. Koleksi baru ini turut menampilkan buku-buku berkaitan sistem operasi Microsoft terbaru, Windows 10 seperti buku yang berjudul Windows 10 for IT Professionals.

Terdapat juga judul-judul yang tidak melibatkan Microsoft seperti judul yang memfokuskan kepada topik perniagaan dan jualan, serta panduan-panduan ringkas dalam bentuk PDF.

Muat turun buku-buku ini secara percuma melalui laman blog MSDN

2 KOMEN

  1. Huyoo… koleksi pdf yg boleh buat orang bukan IT agak mengantuk n pening2 lalat nampak gayanya nih, tp bagus la bila nak selidik sendiri apa2 hal psl mslh sistem tu kan ;3

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.