Utama Komputer Samsung Pertingkatkan kapasiti SSD mereka ke 2TB

Samsung Pertingkatkan kapasiti SSD mereka ke 2TB

1146
0

Gergasi firma teknologi dari Korea Selatan, Samsung mengumumkan versi 2TB untuk versi storan SSD mereka 850 Evo dan 850 Pro. Ini merupakan berita baik buat pengguna PC yang inginkan storan besar dengan prestasi yang mengagumkan.

Pengumuman ini dibuat pada Isnin baru-baru ini turut menyatakan ia akan hadir ke pasaran 50 buah negara. Pada kapasiti sebesar ini, storan SSD ini dijangka mampu menampung permintaan penggunaan kandungan yang besar seperti tontonan dan suntingan video 4K Ultra Definisi Tinggi (Ultra High Definition, UHD).

Melalui pertambahan produk baharu ini, barisan storan SSD berasaskan teknologi NAND 3D Menegak (3D Vertical NAND-based, V-NAND) dari Samsung kini meliputi 20 produk berbeza merangkumi dari 120GB hingga 1TB. Pemacu storan terbaru ini hanya untuk kegunaan desktop buat masa ini. Namun, Samsung menyatakan rancangan untuk menambah variasi jenis storan tersebut dalam bentuk termasuklah mSATA dan M.2 untuk digunakan pada laptop.

”Samsung sedang menerima lonjakan permintaan terhadap storan SSD berkapasiti 500 GB dan ke atas selepas pengenalan teknologi storan SSD V-NAND dari kami (Samsung experienced a surge in demand for 500 gigabyte (GB) and higher-capacity SSDs with the introduction of our V-NAND SSDs),” ujar Un-Soo Kim, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pemasaran Memori Samsung dalam satu kenyataan. ”Pelancaran storan SSD 2TB ini akan membawakan kami sebagai peneraju utama era storan SSD multi-terabit. Kami akan teruskan usaha kami terhadap produk SSD berprestasi tinggi dan berketumpatan tinggi serta menyediakan pengalaman penggunaan komputer yang baharu terhadap pengguna di seluruh pelosok dunia (The release of the 2TB SSD is a strong driver into the era of multi-terabyte SSD solutions. We will continue to expand our ultra-high performance and large density SSD product portfolio and provide a new computing experience to users around the globe),”

Versi 2TB yang baharu ini mempunyai ukuran spesifikasi yang sama dengan versi yang terdahulu pada kerangka aluminium berukuran 7mm, 2.5 inci.

Untuk mendapatkan storan SSD ini anda perlu menabung terlebih dahulu kerana harganya boleh dikirakan sangat tinggi. Samsung 850 PRO boleh didapati pada harga USD1000 (lebih kurang RM3,810). Manakala Samsung 850 EVO pula pada harga USD800 (lebih kurang RM3050). Kedua-duanya adalah harga untuk pasaran Amerika Syarikat. Dijangkakan kos storan SSD ini akan hadir pada harga yang lebih kurang sama jika ia memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.