Utama Teknologi GovTech Menteri minta SKMM batalkan Arahan Penghalaan DNS Awam

Menteri minta SKMM batalkan Arahan Penghalaan DNS Awam

78
0
Imej dari Facebook Fahmi Fadzil

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta supaya tidak meneruskan pelaksanaan penghalaan pengurusan Sistem Nama Domain (Domain Name System, DNS) pada semua Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP).

Permintaan tersebut dibuat oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi hantaran yang dibuat beliau di X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Jumaat lalu, SKMM telah mengeluarkan notis kepada semua ISP untuk mula melaksanakan penghalaan DNS awam untuk perniagaan, perusahaan dan kerajaan menjelang akhir bulan ini.

Rentetan daripada itu, terdapat sejumlah laporan dan aduan dari pengguna mula timbul yang menyatakan kuiri dan carian halaman melalui pelayan DNS awam seperti Google dan Cloudflare tidak dapat diketemukan (ralat 404). Akses tersebut hanya dapat dikembalikan selepas IP-IP awam berkenaan dimatikan.

Terdahulu, SKMM menyatakan walaupun pelayan DNS awam akan terkesan dengan penghalaan ke pelayannya, ia tidak memberikan kesan terhadap penggunaan Rangkaian Peribadi Maya (Virtual Private Networks, VPN).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.