Utama Garmin Garmin Fenix 8 Series dilancarkan di Malaysia; Harga bermula dari RM5,199

Garmin Fenix 8 Series dilancarkan di Malaysia; Harga bermula dari RM5,199

396
0

Garmin telah memperkenalkan siri jam tangan pintar baharunya Fenix 8 di pasaran Malaysia yang boleh didapati dalam dua jenis pilihan skrin – AMOLED dan MIP (memory-in-pixel). Untuk model yang menggunakan skrin MIP, ia dilengkapkan dengan ciri kuasa solar melalui teknologi Garmin Power Glass.

Ketahanan merupakan keutamaan pada siri Fenix 8 ini dengan Garmin menghasilkan jam tangan ini lebih lasak dari keluaran sebelumnya. Elemen rekaan baharu seperti perisai penderia dan butang kalis bocor turut ditambah dan ia juga telah melepasi ujian piawaian tentera Amerika Syarikat untuk ketahanan suhu, hentakan dan air.

Mod baharu untuk sukan dalam air

Selain itu, Fenix 8 juga kini mampu dibawa menyelam pada kedalaman 40m dan mod penyelam skuba dan apnea juga telah dimasukkan bagi memperluaskan keupayaannya untuk sukan dalam air.

Garmin turut menambah pembesar suara dan mikrofon terbina dalam untuk semua model yang membolehkan pengguna berinteraksi melalui suara dengan pembantu peribadi digital pada telefon, membuat pemasaan, dan merekodkan nota suara. Lain-lain ciri yang ditawarkan pada semua model-model ini termasuklah notifikasi pintar, storan muzik, dan sokongan pembayaran NFC.

Pada sisi perisiannya, Garmin telah memperkenalkan pelan latihan kekuatan, yang merangkumi empat hingga lapan minggu dan direka bagi membantu pengguna mencapai matlamat kecergasan tertentu.

Jam tangan pintar ini juga menampilkan panduan senaman untuk sukan-sukan seperti larian rentas desa dan ski. Navigasi juga dipertingkatkan dengan lapisan peta boleh diubahsuai bagi memudahkan pengguna mengikuti laluan. Penghalaan laluan pergi balik dinamik baharu pula membolehkan pengguna menetapkan sasaran jarak dan jam tangan ini akan melaraskan laluan secara on-the-go bagi memastikan pengguna mencapai jarak tersebut dan pula ke tempat permulaan.

Model skrin AMOLED jam tangan pintar ini mengutamakan paparan yang terang dengan model Solar pula menawarkan bateri yang sangat tahan lama terutamanya dalam keadaan cuaca cerah. Bateri Fenix 8 AMOLED 51mm mampu bertahan selama 29  life dengan tetapan raise-to-wake, manakala Fenix 8 dengan panel solar pula mampu bertahan sehingga 48 hari dalam keadaan cahaya matahari optimum.

Harga Garmin Fenix 8 di Malaysia

Garmin Fenix 8 AMOLED dijual pada harga dari RM5,199 dengan model Solar pula dijual pada harga dari RM5,720 menerusi Garmin e-storeShopeeLazadaAECO e-store, Garmin Brand Store dan wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Garmin Malaysia untuk Garmin Fenix 8 AMOLED dan Garmin Fenix 8 Solar.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.