Utama Teknologi GovTech SKMM arahkan Penghalaan Semula DNS dari Semua ISP sebelum 30 September ini

SKMM arahkan Penghalaan Semula DNS dari Semua ISP sebelum 30 September ini

125
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dilaporkan telah mula melaksanakan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula (redirection) Sistem Nama Domain (Domain Name System, DNS) terutamanya untuk perniagaan, perusahaan dan kerajaan sebelum 30 September ini. Beberapa individu dilaporkan telah pun terkesan dengan sebahagian darinya telah berkongsikan maklumat tersebut di laman forum Reddit.

Secara ringkas, DNS mengubah nama-nama laman web ke dalam bentuk alamat IP untuk membolehkan komputer pengguna menggunakannya untuk menjejak laman-laman web di Internet.

Menurut halaman soalan lazim Maxis, penghalaan semula DNS bermaksud perkhidmatan-perkhidmatan DNS awam seperti 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 (Google) serta 1.1.1.1 dan 1.0.0.1 (Cloudflare) akan dihalakan semula menerusi pelayan-pelayan ISP.

Contoh DNS Lookup Lengkap dan Kuiri Halaman Web – Imej dari Cloudflare

Ini bermakna pengguna mungkin tidak boleh mengakses ke laman-laman tertentu yang mungkin merbahaya seperti perkhidmatan penstriman haram, pornografi, judi dalam talian, dan laman pelaburan dalam talian palsu.

“Di bawah arahan semasa, kaedah ini membantu menyekat akses ke laman web yang terlibat dalam perjudian dalam talian, pornografi, pelanggaran hak cipta, penipuan, dan aktiviti haram yang lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pengalaman internet yang lebih selamat, terutamanya untuk pengguna yang rentan seperti kanak-kanak dan remaja, dengan menghalang akses ke laman web yang tidak sesuai atau berbahaya.” menurut halaman soalan lazim Maxis.

Malaysia is implementing DNS block. All 3rd party DNS will be redirected to TM DNS instead. 1.1.1.1 and 8.8.8.8 will return 404.
byu/NotIkura inmalaysia

Ogos lalu, Maxis dan TIME telah mula melaksanakan penghalaan semula DNS pada pelayan-pelayan awam. Pelaksanaan tersebut telah dilaporkan oleh kumpulan Sinar Project yang melakukan pengujian secara automatik dan manual pada ISP berkenaan.

Menurut kumpulan tersebut, penghalaan semula yang dilakukan boleh mendatangkan risiko keselamatan yang mungkin menyebabkan pengguna boleh dihalakan ke laman-laman dan perkhidmatan yang tidak disahkan. Ia seterusnya boleh mendorong kepada kemungkinan data-data dipintas selain daripada pelbagai masalah-masalah teknikal yang akan timbul kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.