Utama Mobile Aplikasi Maybank kini menawarkan sokongan fungsi DuitNow Request

Maybank kini menawarkan sokongan fungsi DuitNow Request

543
0
Maybank DuitNow Request

Maybank kini turut menawarkan ciri DuitNow Request di dalam perkhidmatannya. Fungsi ini membolehkan pengguna meminta seberapa jumlah amaun tunai dari penerima yang mendaftar dengan DuitNow dari mana-mana bank yang menyertainya. Anda boleh menemukan ciri tersebut menerusi aplikasi MAE Maybank di dalam menu Send & Request.

Selain dari butang hantar dan meminta wang yang membolehkan pengguna membuat bayaran segera di antara pengguna aplikasi MAE, kini butang DuitNow Request turut disediakan. Anda juga boleh menghantar permintaan menerusi laman web Maybank2u di bawah tab Pay & Transfer.

Individu yang anda minta wang melalui ciri ini tidak semestinya perlu menggunakan bank yang sama seperti anda. Apa yang anda perlukan adalah ID DuitNow pengguna berkenaan dan jika bank yang digunakannya turut menyokong fungsi baharu ini.

Bank-bank lain yang turut menyokong ciri DuitNow Request buat masa ini adalah:

  • Standard Chartered & Standard Chartered Saadiq
  • HSBC & HSBC Amanah
  • OCBC & OCBC Al-Amin
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Citibank
  • Maybank

Ciri ini turut memudahkan pengguna-pengguna untuk membuat tuntutan bayaran dari pengguna lain termasuk meminta melunaskan hutang. Pengguna dibenarkan untuk membuat sehingga 20 permintaan dalam satu-satu masa.

Had transaksi juga ditetapkan sehingga RM50,000 dalam sehari dengan had permintaan dari pengguna pula boleh dibuat sehingga RM10 juta untuk setiap permintaan. Secara lalai (default), had pembayaran DuitNow Request ditetapkan pada RM3,000 dan anda boleh mengubahkannya menerusi bahagian Settings di dalam laman web Maybank2u.

Maybank mengenakan caj sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi berjumlah RM5,000 dan ke atas. Untuk transaksi yang nilainya kurang dari jumlah tersebut tidak dikenakan sebarang caj.

Penerima akan menerima permintaan melalui MAE ini menerusi notifikasi tolakan (push notifikasi), e-mel atau SMS. Untuk pengguna yang menerima permintaan menerusi DuitNow Request ini, anda boleh memilih sama ada membayarnya atau menolaknya. Untuk menolak, anda pergi ke drop-down menu dan pergi pilihan reject atau membawanya kepada pengguna lain untuk membayarkannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.