Utama Mobile Telco Maxis, U Mobile, Digi dan XOX didenda SKMM bernilai RM 3.2 juta

Maxis, U Mobile, Digi dan XOX didenda SKMM bernilai RM 3.2 juta

682
0

Sebanyak 64 kompaun telah dikeluarkan terhadap empat syarikat telekomunikasi tempatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sepanjang tempoh suku tahunan kedua 2021, nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap Maxis, U Mobile, Digi dan XOX adalah berjumlah RM 3.2 juta.

Maxis Broadband mencatatkan jumlah kompaun tertinggi iaitu 54 dengan jumlah sebanyak RM 2.7 juta atas kesalahan tidak mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

Manakala bagi syarikat telekomunikasi lain yang turut dikompaun iaitu, Digi, U Mobile dan XOX pula masing-masing dikenakan kompaun disebabkan oleh tidak mematuhi Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna.

Diharapkan, tindakan yang diambil oleh SKMM ini dapat memberikan peringatan buat pihak-pihak yang terlibat supaya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.