Utama Android Samsung Pemprosesan Grafik AMD RDNA2 ‘Voyager’ dilapor sebahagian dari cipset Samsung Exynos 2200

Pemprosesan Grafik AMD RDNA2 ‘Voyager’ dilapor sebahagian dari cipset Samsung Exynos 2200

132
0

Pemprosesan mudah alih Samsung generasi berikutnya Exynos 2200 sedang di dalam pembikinan. Apa yang menarik, cipset ini akan menggabungkan teknologi grafik mudah alih dari AMD.

Berdasarkan maklumat tertiris yang terkini, cipset berkenaan akan menggunakan GPU AMD generasi berikut dengan nama kod Voyager berasaskan senibina RDNA 2.

Desas-desus terkini ini juga mengatakan cipset genarasi berikut Samsung Pamir akan dibina berdasarkan proses 4nm baharu. Cipset ini akan menggabungkan teknologi Samsung dengan AMD.

Dijangkakan, cipset ini akan bersaing dengan cipset Qualcomm generasi berikutnya Snapdragon 895 yang dikatakan akan menggunakan GPU berasaskan ARM Adreno 730 dan juga dibuat melalui nod 4nm dari Samsung.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.