Utama Android Xiaomi Canalys: Xiaomi kini pengeluar telefon No. 2 terbesar dunia mengatasi Apple

Canalys: Xiaomi kini pengeluar telefon No. 2 terbesar dunia mengatasi Apple

469
0

Kebanyakan pengeluar telefon pintar dari China dilihat telah mendapat manfaat dari ketiadaan Huawei di pasaran antarabangsa dan Xiaomi merupakan salah satunya.

Menurut Canalys, pada suku tahunan kedua 2021, Xiaomi merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dari segi jumlah jualan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan tersebut, Samsung masih lagi menududuki tempat pertama dengan penguasaan pasaran sebanyak 19%, diikuti rapat oleh Xiaomi pada 17%.

Pengeluaran Xiaomi meningkat lebih dari 300% di Amerika Latin, 150% di Afrika dan 50% di Eropah Barat. Dalam pada masa yang sama, purata harga jualan bagi setiap unitnya masih lagi sekitar 40% lebih murah berbanding Samsung, dan 75% lebih murah dari Apple.

Canalys turut mengatakan Xiaomi perlu menumpukan pertumbuhan jualannya bagi model-model mercu seperti Mi 11 Ultra. Bagaimanapun, pengeluar lain seperti Oppo dan vivo turut mempunyai matlamat yang sama.

Jika pertumbuhan Xiaomi kekal konsisten, Xiaomi berkemungkinan akan mengambil alih tempat Samsung selaku pengeluar telefon pintar nombor 1 di dunia di masa hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.