Utama Mobile iOS Apple terbitkan Kemaskini iOS 13.4 dan iPadOS 13.4

Apple terbitkan Kemaskini iOS 13.4 dan iPadOS 13.4

iOS 13 dan iPadOS 13.4 versi muktamad akhir kini sudah diterbitkan dan sedia untuk dimuat turun.

874
0

Apple baru-baru ini telah menerbitkan versi muktamad kemaskini iOS 13.4 dan iPadOS 13.4 kepada seluruh pengguna iPhone dan iPad. Kemaskini terbaru ini hadir seminggu selepas kehadiran versi beta kelima khusus untuk pembangun.

Beberapa ciri baru diperkenalkan termasuk sedikit kemaskini kecil dan peningkatan mutu prestasi dibawakan melalui kemaskini terbaru ini. Bagi pengguna iPhone, salah satu ciri terbaru yang dibawakan oleh iOS 13.4 termasuklah sembilan jenis pelekat Memoji terbaru.

Selain dari Memoji baru, Apple turut mengemaskini protokol Perkongsian Sampul (Folder) iCloud Drive yang membolehkan pengguna-pengguna Apple berkongsikan sampul-sampul tertentu dengan pengguna lain melalui pautan persendirian.

Tidak ketinggalan, kemaskini ini juga membawakan sokogan Pembelian Universal (Universal Purchase) untuk kedua-dua gedung App Store dan Apple Arcade. Seterusnya, membolehkan aplikasi yang sudah dibeli digunakan pada peranti-peranti lain pengguna asalkan mempunyai kemaskini perisian yang bersesuaian.

Untuk iPadOS 13.4 pula, fungsi terbaru yang paling menonjol adalah sokongan untuk penggunaan tetikus dan pad penjejak (trackpad) pada tablet. Asalnya fungsi ini hanya dihadkan pada pilihan Accessibility, namun telah diperluaskan ke seluruh iPad yang mampu megnoperasikan iPadOS 13.4. Kemaskini terbaru untuk iPad ini juga menyokong fungsi Pembelian Universal seperti mana iOS 13.4.

Anda boleh memuat turun iOS 13.4 dan iPadOS 13.4 melalui bahagian Software Update di dalam Settings. iOS 13.4 hanya sesuai digunakan pada model dari iPhone SE sehingga siri iPhone 11. Manakala iPadOS 13.4 pula boleh digunakan pada model dari iPad Mini 4 dan yang terkin,i iPad Pro Generasi Ketiga.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.