Utama Komputer Apple Harga MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Max di Malaysia cecah RM25,199

Harga MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Max di Malaysia cecah RM25,199

617
0
Harga-MacBook-Pro-M1-Max-16-inci

Selain dari harga bagi MacBook Pro dengan pemprosesan M1 Pro, Apple turut mendedahkan harga MacBook Pro dengan M1 Max. Dari segi bilangan teras CPU, M1 Max turut menawarkan 10-teras CPU. Bezanya, M1 Max mempunyai GPU sehingga 32-teras serta konfigurasi unified memory sehingga 64GB.

Pada harga bermula dari RM12,399 untuk skrin 14-inci, MacBook Pro dengan M1 Max ini menawarkan 24-teras GPU, unified memory 32GB, SSD 512GB, dan adapter USB-C 96W.

Pada saiz skrin yang sama, anda boleh memilih konfigurasi komponen sehingga 32-teras GPU, unified memory 64GB, dan SSD 8TB dengan harganya mencecah RM24,399.Harga-MacBook-Pro-M1-Max-14-inci

Buat anda yang inginkan model 16-inci, konfigurasi asasnya menawarkan 24-teras GPU, unified memory 32GB, dan SSD 512GB pada harga RM13,199.

Konfigurasi tertinggi yang ditawarkannya merangkumi 32-teras GPU, unified memory 64GB, dan SSD 8TB SSD mencecah sehingga RM25,199. Adapter USB-C 140W turut ditawarkan untuk MacBook Pro 16-inci ini.

Sama seperti versi pemprosesan M1 Pro, tarikh bagi MacBook Pro dengan pemprosesan M1 Max masih lagi belum diumumkan. Dijangka tarikh kemasukannya ke pasaran Malaysia akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.