Utama Komputer Apple Apple MacBook Air M2 akan hadir ke pasaran Malaysia pada Julai ini

Apple MacBook Air M2 akan hadir ke pasaran Malaysia pada Julai ini

645
0

Beberapa hari selepas Apple mula memasarkan MacBook Pro 13 berasaskan cip pemprosesan M2 ke Malaysia, Apple turut memaklumkan MacBook Air M2 akan hadir ke pasaran Malaysia Julai ini.

Bagaimanapun, tiada tarikh tepat diumumkan menerusi laman web rasmi Apple Malaysia dengan harganya pula ditawarkan dari RM5,499. Pada harga tersebut, konfigurasi asas komputer dari Apple ini menyediakan cip M2 dengan 8 teras GPU, memori bersepadu 8GB, dan SSD 256GB.

Konfigurasi Apple MacBook Air M2 ini boleh dipertingkatkan sehingga memori 24GB, dan SSD 2TB dengan harganya mencecah sehingga RM10,299. Kesemua pilihan konfigurasi MacBook Air hadir dengan adapter kuasa USB-C 30W. Bagi anda yang inginkan adapter kuasa yang lebih tinggi sama ada 67W atau Dual USB-C Port Power Adapter 35W yang baharu, anda perlu menambah sebanyak RM80.

Harga yang ditawarkan untuk MacBook Air M2 pilihan konfigurasi GPU 10 teras dengan memori 8GB dan storan SSD 256GB ditawarkan pada RM5,899. Seterusnya, harga yang ditawarkan bagi konfigurasi storan 512GB ditawarkan pada harga RM6,699.

Pada konfigurasi ini, anda boleh memilih sama ada adapter kuasa USB-C 67W atau dwi pengecasan USB-C 35W tanpa sebarang penambahan kos. Ciri pengecasan pantas MacBook Air M2 memerlukan adapter kuasa USB-C 67W. Seterusnya untuk pilihan konfigurasi tertinggi menawarkan 10 teras GPU bersama-sama memori 24GB dan storan 2TB dengan harga RM10,699.

Apabila dibandingkan, MacBook Air M2 dengan GPU 10 teras berharga lebih mahal RM200 dari MacBook Pro 13 berkonfigurasi yang sama.

Memandangkan Apple telah mendedahkan pelancaran komputer riba ini di Malaysia pada bulan depan, dijangkakan MacBook Air M2 akan menemui pengguna menerusi kedai Apple Authorised Resellers dan juga kedai dalam talian Apple Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.