Utama Telco Celcom Liputan rangkaian 4G Celcom kini lebih 94% populasi di seluruh Malaysia; 98%...

Liputan rangkaian 4G Celcom kini lebih 94% populasi di seluruh Malaysia; 98% liputan di 9 negeri

408
0

Celcom telah mengumumkan liputan rangakaian 4G yang diuruskan olehnya kini telah mencapai lebih 94% dari populasi di seluruh negara. Pencapaian ini hasil dari pelaburan RM825 juta dengan menambah 250 pemancar baharu.

Dalam pada masa yang sama, syarikat telekomunikasi ini telah menambahbaik 8,000 pemancar sedia ada di seluruh negara sepanjang tempoh 9 bulan lalu. Menurut Celcom, pihaknya kini telah berjaya menyediakan liputan kepada 98% dari populasi di 9 buah negeri.

Berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan, Celcom telah membuat pelaburan yang besar dalam menambahbaik liputan 4G LTE di negeri-negeri berikut:

  • Sabah
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sarawak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah

Di Sabah dan Sarawak, terdapat penambahbaiakn pada lebih dari 1,800 pemancar yang menyaksikan peningkatan liputan kepada populasi. Di Sabah, peningkatan telah di catatkan sebanyak 6%, manakala Sarawak pula  adalah 1.9%.

Pertambahan penggunaan trafik data 4G LTE Celcom

Dari segi trafik data, syarikat telekomunikasi ini juga telah merekodkan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 54.3% dengan 581.9 juta GB data pada suku-ketiga 2021 berbanding 377.2 juta GB data pada suku-ketiga 2020. Purata penggunaan data setiap pengguna juga telah meningkat dari 18.5GB sepanjang suku-ketiga 2020 kepada 25.4GB pada suku-ketiga 2021.

Bagi memenuhi permintaan data, Celcom telah menggandakan keseluruhan kapasiti rangkaiannya dari 810Gbps pada Januari 2020 kepada 1.6Tbps. Buat masa ini, Celcom menyediakan perkhidmatan kepada lebih dari 14 juta pengguna yang turut merangkumi pengguna di Mobile Network Virtual Operators (MVNO).

Bulan lepas, Celcom telah melaksanakan ujian panggilan Voice over 5G new radio (VoNR) pertama di Malaysia antara dua tapak pengujian 5G di Kuah dan Taman Berlian di Langkawi. Ciri ini merupakan kesinambungan dari Voice over LTE (VoLTE), yang membenarkan pengguna kekal di dalam rangkaian 5G apabila menerima atau membuat panggilan suara.

Menurut laporan JENDELA yang terkini dari SKMM, liputan 4G untuk populasi di Malaysia berada pada paras 94.03% sehingga 30 September 2021. Liputan ini disasarkan mencapai pada paras 96.9% menjelang akhir 2022.

Malaysia mensasarkan untuk melancarkan perkhidatan 5G pada penghujung tahun ini melalui Digital Nasional Berhad (DNB). Buat masa ini, perjanjian komersil masih lagi tidak ditandatangani kerana Reference Access Offer (RAO) belum dimuktamadkan.

DNB mengumumkan rangkaian 5G berkenaan sudah sedia untuk digunakan dan menawarkan akses percuma kepada syarikat telekomunikasi sehingga 31 Mac 2022. Pada ketika ini, hanya TM yang telah mengumumkan penawaran ujian pengguna 5G untuk pelanggan pascabayar Unifi Mobile.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.