Home Teknologi Keselamatan LHDN: Hati-hati dengan SMS palsu sasar Penerima BPN

LHDN: Hati-hati dengan SMS palsu sasar Penerima BPN

393
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan SMS palsu yang mengatakan mangsa layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

SMS palsu ini dihantar menerusi nombor telefon persendirian yang meminta mangsa supaya membalas SMS berkenaan dengan memasukkan maklumat perbankan, selain turut menyatakan pembayaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam.

LHDN di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook pada 3 April, memaklumkan pihaknya akan menghantar SMS dari nombor 62000 atau 63833. Pihak LHDN juga tidak akan meminta maklumat peribadi seperti nama penuh dan maklumat perbankan menerusi SMS.

Melalui hantaran di Facebook tersebut, pihak LHDN turut menunjukkan contoh SMS yang diterima oleh penerima BPN yang layak. Mesej berteks tersebut menyatakan pembayaran akan dibuat pada April dan Mei, serta tiada tindakan selanjutnya diperlukan oleh pihak penerima.

Menerusi satu kenyataan yang lain, LHDN menyatakan pihaknya akan memaklumkan penerima BPN menerusi emel dari alamat emel berikut:

  • no_reply@hasil.gov.my

Di dalam emel berkenaan, turut dimaklumkan tiada sebarang tindakan selanjutnya perlu dilakukan oleh penerima.

Berdasarkan laman soalan-soalan lazim (FAQ) BPN, orang ramaii boleh membuat semakan kelayakan menerusi laman web rasmi LHDN, portal Bantuan Sara Hidup (BSH) atau melalui bahagian Semak Prihatin di laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Imej pengatas dari NST

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.