Utama Pendidikan KPM beri Baucar Buku RM100 bermula 31 Mei menerusi aplikasi DELIMa

KPM beri Baucar Buku RM100 bermula 31 Mei menerusi aplikasi DELIMa

454
0
PM Anwar Ibrahim Baucar Buku RM100
PM Anwar Ibrahim di dalam Majlis Perasmian PBAKL 2024 - Gambar dari FB Anwar Ibrahim

YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian baucar buku kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di Malaysia. Pemberian ini dibuat bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar.

Pemberian baucar buku disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar-pelajar yang layak di seluruh Malaysia. Baucar buku RM50 diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Tahun 4 hingga Tahun 6, manakala baucar buku RM100 pula diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan baucar buku tersebut boleh mendapatkannya menerusi aplikasi atau laman web DELIMa bermula dari jam 2.00 petang, 31 Mei 2024. Aplikasi DELIMa merupakan portal yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan pelajar-pelajar di Malaysia mendapatkan akses pendidikan digital.

Cara mengakses ke laman web DELIMa untuk mendapatkan baucar buku RM100

  • Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
  • Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  • Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  • Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  • Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  • Proses selesai.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.