Utama Teknologi Kerajaan perluaskan pemberian Vaksin AstraZeneca ke seluruh negara

Kerajaan perluaskan pemberian Vaksin AstraZeneca ke seluruh negara

173
0
Vaksin AstraZeneca
Imej dari Jin Ni, WHO

Kerajaan akan memperluaskan tempahan untuk vaksin COVID-19, AstraZeneca ke negeri-negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas pelaksanaan pendaftaran bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur.

Walaupun terdapat sedikit gangguan ketika sesi pendaftaran sedang berlangsung keraa masalah teknikal dan jumlah trafik tinggi, proses pendaftaran tersebut berjaya mendaftarkan 268,000 dos vaksin dalam tempoh 3 jam 12 minit.

Pendaftaran ke seluruh negara ini akan mengambil kira keadaan pengguna yang tidak mempunyai akses ke internet. Pendaftaran bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca ini juga akan melalui Klinik Komuniti KKM kepada sukaralewan-sukarelawan yang telah mendaftar. Sarawak bagaimanapun menolak untuk menerima pemberian vaksin berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy Jamaluddin mendedahkan MySejahtera melaporkan 8,000 pembatalan temujanji vaksin selepas pengumuman pengambilan sukarela vaksin AstraZeneca. Sehubungan itu, pihak JKJAV telah memutuskan untuk menyediakan saluran berasingan untuk pemberian vaksin.

Beliau turut nmenyatakan sekitar 80% yang terbatal di dalam temujanji vaksin berkenaan telah kembali dan mendaftar kembali selepas vaksin AstraZeneca mempunyai program pemberiannya sendiri. Keadaan ini disebabkan oleh majoriti orang ramai lebih berminat untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.