Vivo Y20sG kini telah memasuki ke pasaran Malaysia dan boleh didapati pada harga RM749. Telefon pintar berharga bajet ini menampilkan RAM dan storan yang agak besar dikalangan telefon lain kategori ini.

Telefon pintar ini menampilkan paparan 6.51-inci dengan nisbah aspek 20:9. Menggunakan cipset MediaTek Helio G80, telefon ini turut menyediakan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Memadai untuk kegunaan harian dan juga permainan pada tetapan sederhana.

Tumpuan utama Vivo Y20sG adalah kapasiti baterinya yang besar 5,000mAh. Dibantu dengan penggunaan cipset cekap tenaga Helio G80, penggunaannya mampu bertahan untuk tempoh lebih dari sehari suntuk sebelum perlu dicaskan semula. Pengecasan telefon pintar ini juga berkeupayaan dicaskan secara pantas sehingga 18W.

Selain itu, telefon pintar ini juga menyediakan pengimbas cap jari yang ditempatkan pada butang suis di sisi kanannya untuk tujuan keselamatan.

Untuk fotografi, model ini sekadar menawarkan kamera belakang dengan tetapan biasa sahaja melalui tri-kamera – 13MP + 2MP + 2MP. Turut disertakan sebuah kamera hadapan yang boleh digunakan untuk swafoto, 8MP.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Vivo Y20sG pada harga diskaun, RM699 untuk tempoh terhad di kedai dalam talian rasmi Vivo, Lazada, dan Shopee. Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu Obsidian Black dan Purist Blue.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.