Selain mengeluarkan telefon pintar, Xiaomi turut mengeluarkan produk-produk berasaskan elektrik dan elektronik yang lain. Salah satunya adalah mesin pemotong rambut di bawah jenama Enchen.
Pemotong rambut nirwayar ini berbeza dengan pemotong wayar lain yang kebanyakan terdapat di pasaran buat masa ini kerana ianya boleh dicas menggunakan sambungan USB dan tidak memerlukan penggunaan bateri biasa AA atau AAA.
Hadir dengan dua model, pemotong rambut Xiaomi Enchen Boost buat masa ini dijual pada harga RM29.90. Manakala sebuah lagi, Xiaomi Enchen Hummingbird dijual pada harga RM39.90. Kedua-duanya kini dijual pada harga promosi di Lazada untuk tempoh yang terhad.
Terbaik